Guardiola bengang dimalukan Arsenal 5-1

Guardiola bengang dimalukan Arsenal 5-1

Guardiola bengang dimalukan Arsenal 5-1
REAKSI kecewa Erling Haaland (kanan) selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS

London: Pep Guardiola mengecam Manchester City yang dianggapnya ‘rapuh’ kerana menyerah pada saat-saat akhir ketika dimalukan Arsenal 5-1, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Guardiola mengalami satu lagi keputusan buruk pada musim yang suram apabila Arsenal berpesta gol di Stadium Emirates.

City berjaya bangkit apabila jaringan penyamaan Erling Haaland pada awal babak kedua menafikan gol pembukaan Martin Odegaard selepas hanya 103 saat perlawanan berlangsung.

Namun, juara bertahan itu segera memberikan kelebihan kembali kepada Arsenal apabila hantaran Phil Foden dipintas oleh Thomas Partey, sebelum rembatannya terbias terkena John Stones dan menerjah gawang.

Gol itu menjadi detik kejatuhan City apabila Myles Lewis-Skelly, Kai Havertz dan Ethan Nwaneri mengambil kesempatan terhadap kelemahan ketara di bahagian pertahanan pasukan pelawat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Guardiola kelihatan resah sepanjang perlawanan dan mengakui bahawa barisan pemainnya perlu menyalahkan diri sendiri.

“Ia sudah berlaku sepanjang musim ini, kami terlalu banyak memberi peluang kepada lawan, dan kami sedar ia tidak boleh berlaku.

“Malangnya, selepas gol kedua, ia berulang lagi. Anda perlu mengatasi situasi ini, anda tidak boleh kehilangan penguasaan bola.

“Anda tidak boleh menamatkan perlawanan dengan cara seperti ini. Kami boleh menjaringkan tiga gol lagi, tetapi pasukan harus pamer aksi konsisten,” katanya lagi.

Selain kesilapan Foden, hantaran John Stones kepada Manuel Akanji juga menjadi punca kepada gol pembukaan Arsenal.

“Kami bermain dengan baik selama 60 minit. Tetapi anda mesti terus melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Anda tidak boleh berfikir ‘oh, saya akan selesaikannya sendiri’.

“Dalam 20 minit terakhir, kami rapuh. Saya akan bercakap dengan barisan pemain dan berharap ia tidak akan berulang lagi, ” kata Guardiola.

Guardiola bengang dimalukan Arsenal 5-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker