Kerja keras kunci kejayaan Sinner

Kerja keras kunci kejayaan Sinner

Kerja keras kunci kejayaan Sinner
SINNER mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia. FOTO AFP

Melbourne: Kerja keras menjadi kunci kejayaan Jannik Sinner berjaya mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas dia menundukkan Alexander Zverev 6-3, 7-6(4), 6-3.

“Kami bekerja keras untuk berada dalam posisi ini sekali lagi. Perasaan ini sangat menakjubkan dapat berkongsi kejayaan ini bersama anda semua,” kata Sinner.

Beliau sekali gus mencipta sejarah baharu dalam arena tenis Itali dengan menjadi pemain pertama negara itu memenangi tiga gelaran Grand Slam.

Sinner, 23, kini memecahkan rekod legenda tenis Itali, Nicola Pietrangeli, yang pernah menjulang dua kejuaraan Roland Garros pada tahun 1959 dan 1960.

“Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, tetapi usaha bersama pasukan saya membuahkan hasil. Ia satu penghormatan untuk mengukir nama dalam sejarah tenis Itali,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Dia turut memberi penghormatan kepada Zverev, yang mengalami kekalahan ketiga di final Grand Slam dan masih memburu gelaran besar pertamanya.

“Terus percaya pada diri sendiri,” kata Sinner kepada pesaingnya itu.

“Kami tahu betapa kuatnya anda sebagai pemain dan individu. Masa anda pasti akan tiba.”

Dengan kemenangan ini, Sinner terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain dominan dunia.

Kejayaan mempertahankan kejuaraan di Melbourne ini adalah bukti kepada ketahanan mental dan fizikalnya di pentas tertinggi.

Zverev, walaupun memberikan tentangan sengit, terpaksa akur dengan kekalahan sekali lagi.

“Ia bukan hari saya, tetapi saya akan terus berusaha,” kata pemain dari Jerman itu selepas perlawanan.

Bagi Sinner, detik bersejarah ini bukan sahaja bermakna buat dirinya tetapi juga buat seluruh komuniti tenis Itali yang menyaksikan bintangnya terus bersinar di persada dunia.

 

Kerja keras kunci kejayaan Sinner


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker