Pahang terus cungkil bakat atlet renang

Pahang terus cungkil bakat atlet renang

Pahang terus cungkil bakat atlet renang
MSP berusaha meletakan sukan renang pada kedudukan lebih baik di peringkat kebangsaan. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Majlis Sukan Pahang (MSP) kini mempunyai seramai 49 atlet renang dibawah program pembangunan termasuk projek memburu pingat di pentas Sukan Malaysia (Sukma).

Atlet lelaki dan wanita berumur tujuh hingga 21 tahun kini bernaung di bawah enam kelab tempatan mengadakan latihan secara berterusan di tiga pusat latihan daerah.

Penyelaras Sukan Akuatik Majlis Sukan Pahang (MSP), Muhammad Fakhrul Haziq Mohd Zaili berkata, setiap tahun kejohanan peringkat daerah dan negeri diadakan dalam usaha mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan.

“Kini terdapat seramai 10 atlet renang Pahang telah berpeluang membawa cabaran Tok Gajah di pentas Sukma 2025. Walaupun tanpa kejayaan besar dicatat namun prestasi yang dipamerkan boleh dibanggakan.

“Sukan renang memerlukan sokongan ibu bapa yang dapat menjadi pencetus utama kejayaan setiap atlet renang yang rata-rata masih lagi kanak-kanak,” katanya, di sini hari ini.

 

Pahang terus cungkil bakat atlet renang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker