Tiada penyakit berjangkit baharu di China

Tiada penyakit berjangkit baharu di China

Tiada penyakit berjangkit baharu di China
Pemandangan di Beijing, China pada 12 Januari 2025. FOTO AFP

Beijing: Tiada penyakit berjangkit baharu dikesan di China dan penyakit berjangkit pernafasan yang wujud ketika ini semuanya disebabkan oleh patogen yang diketahui, menurut seorang pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (China CDC), lapor Xinhua.

Influenza kini menjadi penyakit utama yang mendorong pesakit dengan jangkitan pernafasan akut mendapatkan rawatan di institusi kesihatan, kata Wang Liping, penyelidik China CDC, pada sidang media Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) pada Ahad.

Data menunjukkan tahap intensiti influenza kekal sederhana di kebanyakan wilayah dan dengan cuti musim sejuk bagi sekolah rendah dan menengah, penyebaran influenza dijangka menurun pada pertengahan hingga akhir Januari, kata Wang.

Berkenaan virus manusia metapneumovirus (HMPV), Wang menjelaskan ia telah beredar dalam kalangan manusia selama beberapa dekad dan peningkatan laporan mengenainya dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kemajuan dalam kaedah pengesanan.

Walaupun terdapat peningkatan kunjungan ke klinik dan jabatan kecemasan di seluruh negara, jumlahnya masih di bawah paras bagi tempoh yang sama tahun lalu, dan tiada kekurangan sumber perubatan yang ketara, menurut pegawai NHC, Gao Xinqiang.

Sejak Oktober 2024, suruhanjaya itu bersama China CDC dan pihak berkuasa lain merangka rancangan serta menjalankan pemantauan berkala, menggerakkan sumber dan tenaga kerja dari seluruh negara untuk memastikan perkhidmatan perubatan kekal stabil dan teratur, kata Gao.

Dari segi langkah pencegahan, Wang berkata hasil pemantauan influenza menunjukkan varian dominan yang kini beredar ialah subjenis H1N1. Tambahan pula, analisis antigenik membuktikan keberkesanan varian vaksin influenza tahun ini terhadap subjenis itu.

Analisis rintangan ubat turut menunjukkan virus influenza yang beredar adalah sensitif terhadap ubat antivirus, mengesahkan keberkesanan rawatan ubat itu, tambahnya.

Wang turut menasihati agar semua individu berumur enam bulan ke atas menerima vaksin influenza tahunan, selagi tiada kontraindikasi atau kesan sampingan yang buruk.

Tiada penyakit berjangkit baharu di China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker