Puluhan cedera, 2 trem bertembung

Puluhan cedera, 2 trem bertembung

Puluhan cedera, 2 trem bertembung
MANGSA cedera dibawa ke ambulans di perkarangan stesen kereta api Strasbourg. FOTO AFP

Strasbourg, Perancis: Puluhan orang cedera selepas dua trem bertembung di dalam terowong di bandar Strasbourg, timur Perancis, semalam, kata pihak berkuasa.

Perlanggaran itu berlaku berhampiran stesen kereta api utama Strasbourg yang juga antra stesen paling sibuk di Perancis di luar Paris.

Menteri Pengangkutan Philippe Tabarot berkata, kira-kira 36 orang cedera dalam kemalangan itu, manakala pihak bomba menganggarkan angka itu sekitar 50 orang.

Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang saksi di media sosial menunjukkan keadaan huru-hara dengan kedua-dua trem rosak teruk di dalam terowong berhampiran stesen.

Strasbourg adalah bandar utama Perancis pertama yang memperkenalkan semula trem pada tahun 1994, selepas perkhidmatan itu ditamatkan pada 1960.

Sejak kembalinya perkhidmatan itu, tiada kemalangan besar yang berlaku.

Kemalangan itu berlaku sejurus sebelum 4 petang, waktu tempatan dan Datuk Bandar Strasbourg, Jeanne Barseghian serta pegawai lain bergegas ke stesen.

“Apa yang kami tahu pada peringkat ini ialah terdapat perlanggaran dasyat antara dua trem, di platform, di bawah stesen,” kata Barseghian.

“Terdapat beberapa orang di dalam trem,” katanya, sambil menambah bahawa tiada kematian atau kecederaan parah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Sementara itu, pengerusi lembaga pengarah syarikat pengangkutan Strasbourg (CTS), Patrick Maciejewski, berkata, demonstrasi di tengah Strasbourg telah mengganggu lalu lintas trem.

“Beberapa trem terpaksa diletakkan dalam keadaan bersedia. Terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, Rene Cellier, pengarah perkhidmatan bomba dan penyelamat Bas-Rhin berkata, kira-kira 50 orang mengalami kecederaan seperti luka di kepala, patah tulang dan lutut terseliuh.

“Ramai yang trauma,” kata Cellier.

“Terdapat juga kira-kira 100 orang yang tidak mengalami kecederaan tertentu namun sedang diperiksa oleh doktor,” tambahnya.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, berkata, salah satu trem itu mengundur dengan laju.

“Terdapat masalah dengan brek,” katanya kepada AFP. “Kami mendengar impak yang besar, dentuman yang kuat.”

Kemalangan itu berlaku di “tempat paling teruk di rangkaian iaitu di dalam terowong dan di kawasan yang sangat padat,” kata Julien Joly, pakar pengangkutan dan mobiliti di firma perunding Wavestone.

Namun kemalangan seperti ini “jarang berlaku”, kata Joly, sambil menambah bahawa penumpang boleh yakin bahawa trem “kekal sebagai mod pengangkutan yang selamat” kerana ia kebanyakannya bergerak pada kelajuan 30 km/j ketika berada di pusat bandar.

Kemalangan serupa pernah berlaku di Strasbourg pada 1998 apabila satu trem bertembung dengan satu lagi di terowong yang sama mengakibatkan 17 orang cedera.

Strasbourg terletak di wilayah bersejarah Alsace dan bandar ini merupakan kerusi rasmi Parlimen Eropah

Puluhan cedera, 2 trem bertembung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker