Tomiko Itooka, individu tertua dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun

Tomiko Itooka, individu tertua dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun

Tomiko Itooka, individu tertua dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun
Tomiko Itooka ketika meraikan hari lahirnya yang ke-116 tahun lalu, di bandar Ashiya, wilayah Hyogo. FOTO Ihsan Ashiya City /AFP

Tokyo: Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun, menurut agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan stesen televisyen awam Jepun NHK pada Sabtu.

Tomiko Itooka meninggal dunia akibat faktor usia di sebuah rumah penjagaan warga emas pada 29 Disember lepas, lapor NHK, dengan memetik Majlis Bandaraya Ashiya di Wilayah Hyogo, selatan Jepun.

Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1908 di Osaka, merupakan anak sulung daripada tiga beradik, sebelum berpindah ke Ashiya kira-kira 30 tahun lepas, menurut NHK.

Itooka disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai individu tertua di dunia.

“Sepanjang hidupnya yang panjang, beliau telah memberi kita banyak contoh keberanian dan harapan. Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih dan menyampaikan takziah kepada keluarga serta orang tersayang beliau,” kata Datuk Bandar Ashiya, Ryosuke Takashima seperti yang dipetik oleh stesen televisyen itu.

Populasi Jepun sedang mengalami peningkatan pesat golongan warga emas.

Sehingga September tahun lepas, Jepun merekodkan jumlah tertinggi lebih 95,100 individu berusia 100 tahun atau lebih. Ini menandakan tahun ke-54 berturut-turut peningkatan bilangan warga yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di negara ini.

Tomiko Itooka, individu tertua dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker