Kesesakan trafik di Delhi akibat kabus tebal
Kesesakan trafik di Delhi akibat kabus tebal
New Delhi: Sekurang-kurangnya 19 penerbangan dilencongkan, lebih 200 penerbangan sama ada dijadual semula atau ditangguhkan, manakala perkhidmatan 81 kereta api terganggu akibat jarak penglihatan sifar disebabkan kabus tebal di sekitar Delhi pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut sumber di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi Delhi, pendaratan dan pelepasan penerbangan terjejas antara 12.15 pagi hingga 1.30 pagi apabila jarak penglihatan berkurangan hampir kepada sifar.
Lapangan terbang Delhi mengeluarkan nasihat perjalanan kepada penumpang, memberi amaran kemungkinan kelewatan penerbangan dan menasihatkan mereka supaya berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendaratan dan pelepasan penerbangan.
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara juga bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.
Seorang pegawai Kereta api India mengesahkan bahawa pergerakan sejumlah 81 kereta api keluar dan masuk dari Delhi turut terjejas akibat penglihatan yang terhad disebabkan kabus tebal.
Kesesakan trafik di Delhi akibat kabus tebal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.