Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?

Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
Gambar Hiasan

Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?

 

Tidak sampai satu minggu lagi, perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya di jangka akan di banjiri oleh lautan manusia.

Kalau pun tidak mencecah kepada angka ratusan ribu orang, angka puluhan ribu orang boleh dikatakan pasti.

Siapa mereka ini?

Mereka terdiri dari penyokong DS Najib yang begitu teguh dalam perjuangan keadilan untuk DS Najib.

Juga dalam lautan manusia itu nanti adalah di kalangan rakyat biasa yang bipartisan.

Mereka bukan penyokong DS Najib dan mereka juga bukan penyokong kerajaan.

Apa yang mereka sokong dan mahu lihat adalah keadilan ditegakkan.

Juga terdapat dalam kelompok lautan manusia itu terdiri dari ahli parti PAS.

Sama ada mereka menyertai perhimpunan itu kerana arahan parti atau kerana DS Najib atau kerana keadilan, hanya mereka sahaja yang tahu.

UMNO sudah mengesahkan sekurang-kurangnya 200 buah bas akan membawa akar umbi UMNO pada hari tersebut.

Dari maklumat yang penulis perolehi, jumlah bas semakin bertambah dari hari ke hari.

PAS pula sudah mengeluarkan arahan rasmi parti.

Kepimpinan PAS dii peringkat akar umbi dikatakan sedang mengumpulkan ahli mereka untuk ke Istana Keadilan pada hari tersebut.

Pemuda PAN Selangor pula dikatakan sedang agresif menggalakkan ahli PAN supaya menyertai perhimpunan tersebut.

Siapa Sebenarnya Yang Lebih Tertekan

 

Cuma PKR dan DAP sahaja yang dilihat tidak bersetuju.

Penulis memahami, beberapa pemimpin utama PKR terpaksa membutakan mata dan memekakkan telinga dalam isu titah adendum.

Mereka tersepit dengan ego mempertahankan dakwaan kononnya DS Najib adalah pemimpin korup.

Serta kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib dahulu adalah kerajaan kleptokrat.

Tetapi ingatlah, matlamat tidak akan dapat menghalalkan cara.

Kuasa tidak akan mampu mencuci dosa.

Mampukah kita menentang suara rakyat di dunia?

Serta mampukah kita menahan azab Allah SWT di akhirat nanti?

Penulis mendapat berita, beberapa jalanraya menuju ke Istana Kehakiman akan ditutup.

Mungkin untuk memberi gambaran bahawa perhumpunan Solidariti Untuk Najib hanya sekadar indah khabar dari rupa.

Tetapi, bolehkah bangkai seekor gajah ditutup dengan sehelai daun pisang.

Siapa sebenarnya yang tertekan?

 

Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker