Tarikh aksi tertunda Sri Pahang, Kuching City belum diputuskan

Tarikh aksi tertunda Sri Pahang, Kuching City belum diputuskan

Tarikh aksi tertunda Sri Pahang, Kuching City belum diputuskan
AIR bertakung di padang Stadium MPT akibat hujan lebat ketika aksi antara Sri Pahang FC dan Kuching City FC, 2 November lalu menyebabkan perlawanan ditangguhkan. FOTO SRI PAHANG FC

Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) belum menerima tarikh baharu perlawanan membabitkan aksi Sri Pahang FC dan Kuching City FC yang ditunda berikutan hujan lebat dan air bertakung di padang Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) pada 2 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, setakat ini kelab itu masih menunggu jadual baharu yang akan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kita jangkakan perlawanan tertunda itu akan dilangsungkan pada Januari depan, tetapi tidak menolak kemungkinan MFL akan mendahulukan jadual perlawanan yang diputuskan lebih awal.

“Namun, kita percaya dan bersedia untuk meneruskan perlawanan seperti diputuskan MFL nanti,” katanya.

Sebelum ini, penonton perlawanan Liga Super antara Sri Pahang FC dan Kuching City di Stadium MPT diminta menyimpan keratan tiket bagi membolehkan mereka hadir ke perlawanan akan diumumkan MFL nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Pada 2 November lalu , MFL mengumumkan perlawanan Liga Super antara Sri Pahang dan Kuching City yang dihentikan pada minit ke-30 akibat hujan lebat ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang tidak sesuai untuk beraksi.

Ketika itu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mendahului pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan pemain import, Yuki Tanigawa selepas menanduk bola sepakan penjuru pada minit ke-14.

Tarikh aksi tertunda Sri Pahang, Kuching City belum diputuskan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker