Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?

Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?

Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?

Oleh: Zakariya Mohamad

Majoriti netizen semakin keliru dengan kenyataan yang berbeza pendapat antara Perdana Menteri dengan Peguam Negara.

Namun Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana beliau bukan graduan lulusan undang-undang.

Oleh sebab itu, pendapat Anwar bercanggah dengan pendapat Peguam Negara.

Apabila berlaku perbezaan pendapat antara Perdana Menteri dengan Peguam Negara, maka siapakah yang menjadi mangsa di penjara?

Sebagai netizen, kita semakin keliru kerana Perdana Menteri menegaskan sebarang perbincangan berkaitan isu tahanan rumah Najib adalah subjudis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?


Persoalannya, jika subjudis, kenapa Peguam Negara mengeluarkan kenyataan secara mengejut malam tadi?

Jelas, Kerajaan Madani cukup celaru punca Mahathir “bersin” tentang isu Batu Puteh menyebabkan Anwar “gentar” untuk meneruskan siasatan.

Sebaliknya, mengenai isu Najib, seolah-olah Anwar bersikap tegas sehingga isu Titah Adendum yang relevan dengan Najib gagal mencapai keputusan muktamad.

Najib menjadi mangsa keadaan dalam ruang dan dimensi yang terkini selepas beliau menjadi mangsa konspirasi sejak 9 Mei 2018.

Mengenai isu Titah Adendum yang hangat diperkatakan sekarang, isu itu menjadi pokok persoalan utama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Perkara ini berlaku selepas Peguam Negara memberi kenyataan mengenai proses pengampunan, tahanan rumah atau pengurangan hukuman dengan menekankan kepentingan melalui saluran yang betul.

Sebagai pemerhati, kita dapati pengumuman mengenai Titah Adendum dibuat hanya beberapa hari sebelum prosiding mahkamah pada 6 Januari 2025 berhubung penambahan dokumen kes berkaitan.

Kita musykil, “apabila ditafsirkan sebagai subjudis, tidak sepatutnya Peguam Negara mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.”

Kita juga merujuk mengenai Titah Adendum berdasarkan kenyataan pakar undang-undang.

Apa persoalan penting mengenai penerapan prinsip subjudis yang dilihat selektif serta implikasinya terhadap kebebasan kehakiman dan persepsi awam?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


Sepatutnya pertelagahan pendapat tidak harus wujud melalui pandangan Perdana dengan pandangan Peguam Negara kerana boleh mengundangkan kekeliruan dalam pelaksanaan prinsip tersebut.

Kenyataan kita selaras dengan ulasan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara.

Peguam Negara menyatakan Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan diPengerusikan Yang di-Pertuan Agong, sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

Menerusi Peguam Negara, katanya, keputusan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong itu akan dibuat berdasarkan tatacara dan saluran yang sudah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan, bukannya mana-mana saluran lain.

Pada 10 Disember lalu, Anwar ketika berucap di Parlimen mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum ke atas Najib untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Kita mengkritik Anwar dan Kerajaan Madani di samping menyoal, “adakah tidak faham undang-undang atau sengaja untuk terus menyeksa Najib di penjara?”

Silalah beri penjelasan yang telus, sesuai dan selaras dengan Kerajaan Reformasi – Zakariya Mohamad.

Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker