Korea Selatan berkabung susulan nahas pesawat ragut 179 nyawa
Korea Selatan berkabung susulan nahas pesawat ragut 179 nyawa
MUAN: Pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS) akan menyertai pihak berkuasa Korea Selatan bagi menyiasat punca pesawat Jeju Air yang terhempas dan terbakar sehingga mengorbankan 179 orang.
Boeing 737-800 itu dilaporkan membawa 181 orang dari Thailand ke Korea Selatan apabila ia terhempas dan mengorbankan semua penumpang kecuali dua anak kapal yang ditarik keluar dari serpihan pesawat.
Terdahulu, rakaman video menunjukkan Penerbangan 2216 Jeju Air mendarat dengan gear pendaratan tersekat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, disusuli kepulan asap keluar dari enjin sebelum merempuh dinding dan meletup.
Pegawai bomba memberitahu, pertembungan dengan burung adalah antara kemungkinan punca nahas yang menyebabkan penumpang terhumban dan pesawat hampir musnah sepenuhnya.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS berkata, pihaknya akan mengetuai pasukan penyiasat, termasuk dari Boeing dan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA), untuk menyertai pegawai di Korea Selatan dalam menyiasat punca nahas.
Korea Selatan berkabung susulan nahas pesawat ragut 179 nyawa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.