Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan

 

Kerajaan dilihat semakin tertekan dengan desakan rakyat yang mahukan kebenaran dalam isu kewujudan titah adendum YDP Agong ke XVI.

Persoalan yang bermain di inda rakyat adalah soalan yang sangat mudah untuk dijawab kerajaan.

Rakyat mahu tahu, adakah titah adendum itu wujud atau pun tidak?

Sekiranya wujud, katakan wujud dan sekiranya tidak katakan tidak.

Ini adalah isu yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana ia adalah isu yang berkaitan dengan titah Raja Raja Melayu.

Persoalan sama ianya mengikut perlembagaan atau tidak, itu adalah persoalan yang kedua.

Sebenarnya persoalan yang kedua muncul kerana sikap kerajaan sendiri yang berdolak dalih mengenai isu titah adendum.

Apabila didesak sama ada titak tersebut wujud atau tidak, kerajaan tidak memberikan jawapan secara tuntas.

Kerajaan hanya menjawab, sebarang pengampunan yang diberikan oleh YDP Agong mestilah mengikut peruntukan perlembagaan.

Itu jawapan dari kerajaan.

Dari jawapan kerajaan, menimbulkan pula perbahasan mengenai benarkah perlembagaan menghadkan kuasa pengampunan YDP Agong.

Hingga baginda mesti akur dengan keputusan Lembaga Pengampunan.

Benarkah perlembagaan hanya mengiktiraf kedudukan Raja Raja Melayu hanya sebagai rubber stamp?

Di sebabkan tekanan dari rakyat semakin kuat, ianya memaksa pihak Jabatan Peguam Negara memberikan kenyataan mengenai titah adendum.

Kononnya untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

Tetapi kenyataan dari Peguam Negara bukannya memberikan penjelasan, malah lebih mengelirukan rakyat.

Peguam Negara menggambarkan seolah-olah telah mendapat titah dari YDP Agong ke XVII, Sultan Ibrahim agar semua permohonan pengampunan mesti mengikuti proses undang-undang.

Dalam artikata lain, mesti melalui Lembaga Pengampunan.

Apakah Peguam Negara mahu memberitahu kita ketika YDP Agong ke XVI memberikan kelegaan hukuman, baginda tidak mengikut proses undang-undang?

Dalam artikata lain, baginda tidak tahu undang-undang?

Kemudian Peguam Negara membayangkan adanya permohonan kedua pengampunan dari pihak DS Najib.

Kita bercakap tentang permohonan yang telah dibuat dan bukannya mengenai permohonan yang akan dibuat.

Apakah Peguam Negara tidak fasih berbahasa Melayu?

 

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker