Ronaldo ‘tinggalkan’ Arab Saudi, pilih Kutub Utara

Ronaldo ‘tinggalkan’ Arab Saudi, pilih Kutub Utara

Ronaldo 'tinggalkan' Arab Saudi, pilih Kutub Utara
CRISTIANO Ronaldo bercuti bersama keluarga di Kutub Utara. FOTO Instagram Ronaldo

London: Cristiano Ronaldo memilih Kutub Utara untuk menghabiskan cuti Krismas tahun ini.

Bintang bola sepak dunia itu meninggalkan Arab Saudi dan terbang jauh ke Kutub Utara yang dipenuhi salji dan sangat sejuk.

Ronaldo, yang kini menikmati rehat perayaan, dilihat menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anaknya dengan menunggang motosikal salji berkuasa tinggi.

Aktiviti itu bukan sahaja menyeronokkan tetapi memberikan pengalaman unik buat keluarganya di tengah-tengah hamparan salji yang memutih.

Selain itu, Ronaldo juga mengambil peluang untuk meninjau rusa-rusa ‘Santa Claus’ yang bersiap sedia untuk tugas besar mereka pada malam Krismas, 25 Disember.

Isterinya, Georgina Rodriguez, turut serta dalam percutian ini dan berkongsi beberapa gambar dan video percutian mereka di media sosial, mempamerkan kemewahan pondok penginapan mereka yang dilengkapi pemandangan luar biasa.

Ronaldo dijangka kembali ke Arab Saudi selepas berakhir sambutan Krismas dan menyambung latihan bersama Al-Nassr.

Ronaldo ‘tinggalkan’ Arab Saudi, pilih Kutub Utara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker