15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Jakarta: Kementerian Imigresen dan Pembetulan Indonesia telah memberikan pengurangan hukuman khas kepada 15,807 banduan di seluruh Indonesia sempena sambutan Krismas 2024, lapor agensi berita ANTARA.

Menterinya, Agus Andrianto dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,691 banduan menerima pengurangan tempoh hukuman, manakala 116 yang lain dibebaskan serta-merta.

Kerajaan turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Sumatera Utara mendahului senarai wilayah dengan 3,196 banduan menerima pengurangan hukuman khas Krismas, diikuti Nusa Tenggara Timur (1,894) dan Papua (1,447).

Sumatera Utara dan Papua Barat masing-masing mencatatkan 23 pesalah juvana menerima pengurangan hukuman, jumlah tertinggi di antara semua wilayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker