Wanita ‘ambil angin’ di luar tingkat 10 bangunan hospital diselamatkan

Wanita ‘ambil angin’ di luar tingkat 10 bangunan hospital diselamatkan

Wanita 'ambil angin' di luar tingkat 10 bangunan hospital diselamatkan
Wanita duduk di luar bangunan di tingkat 10 hospital swasta di Jalan Damai, Kota Kinabalu. – Foto NSTP/ JUWAN RIDUAN.

KOTA KINABALU: Seorang wanita mendakwa ‘mengambil angin’ di tingkat 10 sebuah bangunan hospital swasta yang belum siap selepas diselamatkan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian di Jalan Damai, di sini, pada jam 4.40 petang tadi, operasi menyelamat wanita terbabit dilaksanakan selepas pengawal keselamatan hospital menyedari kehadirannya di bahagian luar tingkap di tingkat 10 bangunan yang belum beroperasi itu.

Kehadirannya di bangunan itu menimbulkan andaian kemungkinan wanita berkenaan cuba terjun sebelum usaha menyelamat dilaksanakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.46 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari balai bomba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Dilapor terdapat seorang wanita berada di luar bangunan sebuah hospital swasta di tingkat 10. Wanita telah masuk sendiri di bangunan dan disahkan selamat oleh pengawal keselamatan.

“Menurut temubual bersama wanita itu, dia tidak membuat cubaan bunuh diri sebaliknya hanya mengambil angin di luar bangunan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5.36 petang,” katanya.

Wanita ‘ambil angin’ di luar tingkat 10 bangunan hospital diselamatkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker