Korea Selatan kini jadi masyarakat tertua

Korea Selatan kini jadi masyarakat tertua

Korea Selatan kini jadi masyarakat tertua
Korea Selatan kini menjadi masyarakat tertua, dengan 20 peratus penduduknya berumur 65 tahun ke atas. – Foto AFP

SEOUL: Korea Selatan kini menjadi masyarakat tertua, dengan 20 peratus penduduknya berumur 65 tahun ke atas.

Ia berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan hari ini, sekali gus mendedahkan trend suram yang didorong oleh kadar kelahiran sangat rendah.

Negara ekonomi keempat terbesar di Asia itu hanya merekodkan 0.7 kelahiran bagi setiap wanita pada akhir tahun lalu.

Ia adalah salah satu kadar kelahiran terendah di dunia dan jauh di bawah kadar penggantian 2.1 yang diperlukan untuk mengekalkan populasi semasa.

Ini bermakna penduduk Korea Selatan semakin tua dan menyusut dengan cepat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka yang berumur 65 tahun dan lebih tua adalah 20 peratus daripada 51.2 juta penduduk berdaftar, berjumlah 10 juta.

Angka itu meletakkan Korea Selatan bersama Jepun, Jerman dan Perancis sebagai masyarakat tertua.

“Populasi warga tua meningkat lebih dua kali ganda sejak 2008, di mana jumlahnya kurang daripada lima juta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerajaan membelanjakan berbilion dolar untuk menggalakkan lebih banyak kelahiran, dengan pihak berkuasa Seoul menawarkan subsidi pembekuan telur dalam satu usaha baru-baru ini.

Bagaimanapun, usaha itu gagal memberikan hasil yang diharapkan dan penduduk negara iru diunjurkan akan jatuh kepada 39 juta menjelang 2067, apabila median umur penduduk ialah 62 tahun.

Pakar berkata antara faktor menyumbang kepada masalah itu adalah kos membesarkan anak yang tinggi dan harga hartanah melambung tinggi.

Beban berganda kepada ibu yang bekerja, yang memikul sebahagian besar kerja rumah dan penjagaan anak sambil mengekalkan kerjaya mereka, adalah satu lagi faktor utama.

Korea Selatan kini jadi masyarakat tertua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker