Polis buka kertas siasatan penularan resit pesanan makanan hina Islam

Polis buka kertas siasatan penularan resit pesanan makanan hina Islam

Polis buka kertas siasatan penularan resit pesanan makanan hina Islam
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar. – Foto NSTP.

JOHOR BAHRU: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar resit pembelian makanan segera yang tertera perkataan menghina Islam di restoran makanan segera di Kluang, Batu Pahat dan Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata pesanan pada resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu dipercayai membabitkan individu yang sama walaupun berlaku di tiga daerah berbeza di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penularan itu.

Menurutnya, kes masih di peringkat siasatan dan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek yang terbabit sedang giat dijalankan.

“Tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi siaran media hari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Beliau berkata, polis memandang serius serta memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen agama dan menyentuh sensitiviti kaum terutama di platform media sosial.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukkan undang-undang terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial paparan resit pesanan yang tertera tarikh 19 Disember lalu di sebuah restoran makanan segera di Kluang dimuat naik dan dikongsi pengguna.

Polis buka kertas siasatan penularan resit pesanan makanan hina Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker