Dua lelaki hilang di laut Selasa lalu ditemukan selamat
Dua lelaki hilang di laut Selasa lalu ditemukan selamat
BALIK PULAU: Dua rakan yang dilapor hilang selepas bot dinaiki hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, di sini, Selasa lalu, ditemukan selamat.
Penemuan Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, serta rakannya Nor Hasrul Abdullah, 25, itu disahkan Ismail Zakaria, 51, bapa seorang daripada mangsa.
Katanya, dia menerima maklumat berhubung penemuan anaknya yang juga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran itu kira-kira jam 10 pagi.
“Saya terima panggilan dari pihak polis berhubung penemuan sebelum dimaklumkan oleh pengerusi kariah masjid.
“Mereka dikatakan diselamatkan oleh nelayan di Acheh, Indonesia dan kini dalam keadaan selamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Saya belum dapat berhubung dengan Hakimi namun menerusi gambar yang diterima, keadaannya dilihat baik-baik saja cuma kulitnya agak gelap,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut Ismail berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terbabit termasuk rakan nelayan yang membantu dalam operasi pencarian dan penyelamatan (SAR).
“Saya belum pasti bila mereka akan bawa kedua-duanya pulang dan masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa,” katanya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang menguruskan bagi mengambil kedua-dua mangsa di sempadan.
“Bot Maritim Malaysia dijangka mengambil sedikit masa bagi tiba di sempadan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
“Kedua-dua mangsa dijangka tiba ke Batu Maung, di sini, pada awal pagi ini,” katanya di sini.
Sebelum ini media melaporkan mengenai kehilangan dua lelaki berkenaan selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, di sini, kira-kira jam 11.30 malam.
Operasi SAR yang masuk hari kelima dihentikan semalam selepas tidak menemukan sebarang petunjuk.
Dua lelaki hilang di laut Selasa lalu ditemukan selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.