Woods hanya beraksi di PNC, Jelajah PGA belum pasti

Woods hanya beraksi di PNC, Jelajah PGA belum pasti

Woods hanya beraksi di PNC, Jelajah PGA belum pasti
WOODS bergelut mencari rentak untuk beraksi cemerlang di Jelajah PGA. FOTO AFP

Miami: Tiger Woods akan bermain bersama anak lelakinya, Charlie, yang berusia 15 tahun dalam Kejohanan PNC minggu ini.

Namun, pemenang 15 kejuaraan utama itu mengakui bahawa kepulangannya ke saingan Jelajah PGA masih lagi belum pasti.

Kejohanan 36 lubang yang menggabungkan pasangan ibu bapa dan anak di Ritz-Carlton Golf Club, Orlando, adalah acara pertama Woods sejak menjalani pembedahan belakang pada September lalu.

Masalah belakang dan kecederaan kaki akibat kemalangan kereta pada 2021 terus mengehadkan kemampuan Woods untuk bersaing dalam kejohanan biasa yang pernah dikuasainya.

“Tetapi tahun ini, saya banyak bergelut dengan masalah belakang. Keadaannya kini lebih baik, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Woods, yang bakal menyambut ulang tahun ke-49 pada 30 Disember.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Woods menamatkan Masters di kedudukan ke-60 dan gagal melepasi cut dalam tiga kejohanan utama lain tahun ini, selain bergelut untuk mendapatkan rentak antara pusingan.

Satu-satunya penampilan lain Woods tahun ini ialah di Genesis Invitational, kejohanan yang dianjurkannya sendiri pada Februari, di mana dia menarik diri selepas satu pusingan.

“Proses pemulihan adalah cabaran paling sukar,” ujar Woods.

“Dari pusingan ke pusingan, minggu ke minggu, bulan ke bulan, ia semakin mencabar.”

Persediaan tubuhnya yang sudah melalui pembedahan untuk bertanding juga memerlukan usaha besar.

“Bersiap untuk permainan kompetitif adalah sesuatu yang berbeza. Ia mengambil masa berbulan-bulan, berminggu-minggu,” jelasnya.

“Tetapi ia bermula dengan rutin harian. Buat perkara kecil dengan betul, dan ia akan membawa hasil.

“Ia sangat mengecewakan. Sukar. Saya ada pasukan dan sokongan yang hebat, tetapi saya tetap perlu melakukan perkara-perkara kecil itu setiap hari, sendirian. Ia sukar.”

Woods turut kagum dengan prestasi pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler, yang memenangi sembilan kejohanan tahun ini, termasuk Masters kedua dan emas Olimpik Paris.

Kejayaan Scheffler ini mengimbau dominasi Woods di era kegemilangannya.

Woods hanya beraksi di PNC, Jelajah PGA belum pasti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker