JKNJ rampas vape RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JKNJ rampas vape RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk produk vape berbentuk permainan serta makanan, pada Rabu dan Khamis lepas.
Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohtar Pungut berkata menerusi Operasi Khas Vape Negeri Johor itu, sebanyak 11 notis kesalahan dikeluarkan mengikut Seksyen 47 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852).
“Di Johor, penjualan vape di premis perniagaan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah dilarang di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian sekali gus menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang melanggarnya.
“JKNJ menggesa pemilik premis dan pengusaha perniagaan agar tidak menjual vape di Johor terutamanya yang berbentuk permainan dan makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikian selaras dengan penguatkuasaan Akta 852 bermula 1 Oktober lepas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap larangan promosi, pengiklanan dan pembungkusan serta pelabelan bahan merokok jenis pod pakai buang yang berbentuk permainan dan makanan,” katanya.
Menurut Dr Mohtar hingga kini, lebih daripada 6,097 premis telah diperiksa dan sejumlah 1,021 notis kesalahan telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan yang boleh dikompaun.
“JKNJ memandang serius kesan negatif akibat amalan merokok yang semakin berleluasa termasuk promosi tidak beretika dengan menyasarkan golongan kanak-kanak dan remaja,” katanya. – BERNAMA
JKNJ rampas vape RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.