Emery tetap anggap Guardiola pengurus terbaik

Emery tetap anggap Guardiola pengurus terbaik

Emery tetap anggap Guardiola pengurus terbaik
EMERY hormati kemampuan Guardiola. FOTO Reuters

London: Pengurus Aston Villa, Unai Emery, menegaskan bahawa Pep Guardiola masih pengurus terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), walaupun Manchester City sedang berdepan kemerosotan prestasi.

City hanya mencatat satu kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir mereka di semua kejohanan, dengan lapan kekalahan berturut-turut.

Juara bertahan itu kini sembilan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, dan bermain lebih satu perlawanan berbanding pasukan Arne Slot.

Namun, menjelang pertembungan di Villa Park malam ini, Emery memberikan penghormatan tinggi kepada rakan senegaranya itu.

“Beliau adalah yang terbaik. Saya sedikit terkejut dengan prestasi Manchester City, tetapi ini adalah bola sepak,” kata Emery.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Ini adalah perlawanan yang sangat mencabar dan menarik buat kami. Kami sangat menghormati mereka.

“Setiap pasukan memberikan kami banyak maklumat bagaimana kami bermain dan bagaimana kami menghadapi mereka. Sabtu ini, kami akan berdepan pasukan terbaik dari beberapa tahun terakhir, jelas sekali, dalam EPL.

“Mungkin mereka tidak konsisten kerana beberapa keadaan, tetapi mereka tetap yang terbaik dan pengurus mereka adalah yang terbaik.

“Saya yakin mereka akan kembali memberikan persembahan yang hebat dan masih mempunyai masa untuk menjadi pemenang lagi dalam kejohanan ini.”

Villa, yang kini berada di tangga ketujuh, dua mata dan dua tangga di bawah City, ingin bangkit selepas kekalahan lewat 1-2 di tangan Nottingham Forest minggu lalu.

Forest menjaringkan gol pada minit ke-87 dan masa tambahan di City Ground untuk menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Villa dalam semua kejohanan.

 

Emery tetap anggap Guardiola pengurus terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker