Dimarahi hakim kerana fail kes remeh suami lebihkan kucing

Dimarahi hakim kerana fail kes remeh suami lebihkan kucing

Dimarahi hakim kerana fail kes remeh suami lebihkan kucing
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

New Delhi: Gara-gara berasa terabai, seorang wanita memfailkan kes kezaliman terhadap suaminya di Mahkamah Tinggi Karnataka, India baru-baru ini kerana mendakwa pasangannya itu lebih mementingkan kucing peliharaan mereka berbanding dirinya.

Oddity Central melaporkan, tindakan wanita India itu bagaimanapun mengundang padah apabila dimarahi hakim di Bengaluru, India kerana memfailkan aduan remeh itu terhadap suaminya.

Hakim M. Nagaprasanna mendapati tiada dakwaan khusus mengenai kekejaman atau gangguan dibuat dalam aduan yang dibuat.

Sebaliknya, plaintif memfailkan kes itu kerana suaminya lebih mementingkan kucing dan mereka akan bertengkar serta melemparkan kata kesat terhadap satu sama lain setiap kali dia membangkitkan sikap pasangannya itu.

Wanita berkenaan turut mendakwa kucing itu menyerang dan mencakarnya beberapa kali namun suaminya tidak berbuat apa-apa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Dakwaan mengenai suami yang lebih menjaga kucing daripada isteri. Setiap kali isteri bercakap mengenainya, berlaku pertikaian antara kedua-duanya,” kata Nagaprasanna ketika mendengar petisyen aneh itu minggu lalu.

“Itulah yang diceritakan dalam kebanyakan perenggan dalam aduan. Oleh itu, isunya bukanlah mengenai tuntutan mas kahwin atau kezaliman yang dilakukan oleh suami.

“Sebaliknya, ia berkaitan kucing peliharaan dan haiwan itu menyerang dan mencakar isteri beberapa kali,” katanya.

Selepas meneliti hujah dikemukakan, mahkamah memutuskan untuk menghentikan siasatan lanjut terhadap suami dan memarahi wanita itu atas aduan remehnya, sambil menambah petisyen sebegini yang membebankan sistem keadilan India.

“Ia adalah kes remeh yang membebankan sistem keadilan jenayah hari ini.

“Jika diteruskan, ia akan menambah satu lagi kes yang sedia ada,” kata mahkamah.

Dimarahi hakim kerana fail kes remeh suami lebihkan kucing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker