2 mangsa hilang ketika memancing selamat ditemui
2 mangsa hilang ketika memancing selamat ditemui
SHAH ALAM: Dua pemancing warga tempatan ditemukan selamat selepas hilang ketika keluar memancing pada kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong, dekat Pelabuhan Klang, Selasa lalu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima aduan daripada anak salah seorang mangsa yang memaklumkan insiden kehilangan bapanya, Shahrul Hisham Mohd Tahir, 50 bersama Micheal Januarius, 68 yang keluar memancing menaiki jet ski.
“Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 2 pagi semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di jeti Royal Youth Club Selangor membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).
“Kira-kira jam 3.45 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) memaklumkan, sebuah kapal tanker (Aurora Tankers) menemukan dua mangsa itu bersama sebuah jet ski dalam keadaan terbalik.
“Kedua-dua mangsa bersama jetski ditemukan pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong dan menyelamat kedua-dua mangsa itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Muhaimin berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke jeti PPM Pulau Indah dengan bot Polis Marin (PA 49) dan selamat tiba pada pukul 8.35 malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Salah seorang mangsa memaklumkan kepada anggota penyelamat, mereka keluar memancing kira-kira jam 11.30 pagi Selasa lalu.
“Menurut mangsa, insiden itu berlaku apabila jetski yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin akibat tali sauh yang tersangkut di bahagian ‘impeller’ dan menyebabkan kerosakan,” katanya.
Justeru , katanya, Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada dilaut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan.
Katanya, sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
2 mangsa hilang ketika memancing selamat ditemui
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.