Kontroversi tak halang Zii Jia tempah slot separuh akhir Jelajah Dunia
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia jelas tidak ‘termakan’ dengan sebarang kontroversi apabila mengesahkan tiket awal ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Selepas menewaskan jaguh Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi sulung Kumpulan A, semalam, Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia tidak berhadapan masalah menundukkan pemain nombor dua dunia, Anders Antonsen dari Denmark secara straight set 21-14, 21-19 dalam tempoh 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
“Ia sentiasa perlawanan yang sukar menentang Antonsen, dia menunjukkan prestasi yang sangat baik selepas Olimpik Paris.
“Saya memang bersedia untuk menghadapi perlawanan yang dijangka sukar hari ini. Biarpun saya menang straight set tetapi intensiti dalam gelanggang cukup tinggi,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Dengan dua kemenangan, ia sudah menjamin tempat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 di dua kedudukan teratas kumpulan untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir.
Zii Jia berpeluang menjadi juara kumpulan sekiranya dia berjaya menewaskan pemain China, Li Shi Feng dalam aksi terakhir kumpulan, esok.
“Seperti yang saya selaku katakan, semua pemain mahu melakukan sesuatu dan menang kejuaraan di sini. Semua pemain berdepan intensiti sama tidak kira dengan siapa kami bertemu.
“Saya hanya mahu menikmati perlawanan sahaja. Setakat ini, saya berpuas hati dengan permainan prestasi saya,” katanya.
Kemenangan Zii Jia ke atas Tien Chen, semalam dibayangi kontroversi apabila dia memakai baju yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik.
Bagaimanapun, penaja jersi pemain berkenaan, Victor mengeluarkan permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
- Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
You must be logged in to post a comment.