Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?

Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh

Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?

 

Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 19 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia berkaitan sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, mahkamah memperuntukkan dua hari, iaitu 19 dan 20 Mac 2025 untuk mendengar rayuan itu.

“Mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing,” jelas beliau.

9 November 2023, Syed Saddiq yang juga bekas ketua Armada PPBM, didapati bersalah atas satu tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1 juta milik sayap itu.

Beliau juga didapati bersalah atas satu lagi tuduhan menyalahgunakan harta berjumlah lebih RM120,000, juga milik Armada PPBM.

Selain itu, beliau juga disabitkan bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram.

Kerana memindahkan sejumlah RM100,000 ke akaun peribadinya daripada sebuah syarikat, Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE), yang dikaitkan dengan Armada PPBM.

Bagi tuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan harta, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga dan dua tahun.

Untuk setiap tuduhan pengubahan wang haram, Syed Saddiq dijatuhi hukuman dua tahun.

Kesemua hukuman penjara akan berjalan serentak.

Sekiranya Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, Syed Saddiq ada 1 lagi peluang.

Beliau boleh membuat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan masih lagi mengekalkan sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Syed Saddiq akan dihantar ke penjara.

Cuma yang perlu dipilih oleh Syed Saddiq ketika itu adalah sama ada mahu ke Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buloh.

Buatlah pilihan yang tepat supaya kehidupan di penjara selamat dan sejahtera.

 

Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker