MGF kecewa rayuan ditolak SEAGF
MGF kecewa rayuan ditolak SEAGF
Kuala Lumpur: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) terpaksa akur apabila penganjur Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Thailand tetap dengan keputusan mereka untuk menggugurkan empat acara pada temasya Sukan Sea Thailand tahun depan.
Rayuan sudah dilakukan oleh wakil MGF menerusi Timbalan Presidennya, Kau Git Kaur pada mesyuarat yang berlangsung di Bangkok minggu lalu dengan penganjur memutuskan untuk tetap dengan keputusan hanya menawarkan 10 emas daripada 14 emas pada temasya sebelum ini.
Git Kaur mengakui, beliau kecewa dengan keputusan berkenaan kerana ia ibarat ‘membunuh’ harapan atlet kerana setiap satu emas itu memberi nilai yang besar kepada seseorang atlet itu.
“Saya sangat-sangat tahu kepentingan satu emas itu. Ia mungkin dapat mengubah masa depan atlet. Mungkin pingat emas itu tidak mahal tapi nilainya tinggi dalam industri sukan itu, biarpun mungkin emas itu hanya bernilai RM100 atau RM200 sahaja.
“Tapi kita tak boleh buat apa-apa lagi mereka sudah buat keputusan biarpun cadangan itu mendapat sokongan ramai,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Acara yang digugurkan adalah individu all-around lelaki dan wanita serta acara berpasukan lelaki dan wanita.
Berdasarkan status itu, MGF meletakkan sasaran dua emas pada temasya dwi tahunan itu menerusi lelaki dan wanita.
Git Kaur berkata, kejayaan itu boleh disandarkan kepada beberapa atlet gimnastik negara, termasuk Rachel Yeoh yang akan beraksi dalam kategori Gimnastik Artistik Wanita (WAG) manakala Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam dan Ng Chun Chen mewakili kategori Gimnastik Artistik Lelaki (MAG).
Sebagai persediaan barisan atlet gimnastik dijangka akan berkampung di Korea selama tiga minggu serta akan beraksi di Kejohanan Gimnastik Asia yang berlangsung Jun.
MGF kecewa rayuan ditolak SEAGF
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.