Nuno bangga Forest kembali menemui rentak kemenangan
Nuno bangga Forest kembali menemui rentak kemenangan
Nottingham: Pengurus Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo, memuji sikap dan komitmen pemainnya selepas mereka meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground.
Gol tunggal perlawanan hadir melalui sepakan penalti Chris Wood pada separuh masa kedua, yang juga jaringan kesembilannya musim ini dan gol ke-24 dalam EPL untuk Forest, sekali gus menyamai rekod legenda, Bryan Roy sebagai penjaring terbanyak kelab itu dalam pertandingan berkenaan
“Kami gembira melihat dia terus memecahkan rekod kerana dia adalah seorang yang hebat,” kata Nuno, sambil melahirkan rasa lega selepas pasukannya kembali menemui rentak kemenangan apabila mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Newcastle United dan Arsenal.
“Matlamat utama adalah untuk bangkit semula selepas dua perlawanan sebelum ini,” tambah Nuno
“Setiap perlawanan dalam EPL sangat sukar, itulah sebabnya kami bergerak mengikut satu perlawanan demi satu perlawanan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
Walaupun tidak mengekalkan rekod tanpa bolos, Nuno menegaskan bahawa sikap adalah keutamaan.
“Ipswich adalah pasukan yang sukar, kami tahu itu. Kami memulakan perlawanan dengan baik dan mereka balas dengan serangan balas.”
Forest akan bertemu Manchester City Khamis ini dan Nuno berkata, “Kami akan menilai pemain sekarang. Beberapa pemain kembali dari kecederaan, tetapi kami akan menilai mereka dan kemudian memikirkan perlawanan seterusnya.”
Pengurus Ipswich, Kieran McKenna, merasakan perlawanan ini adalah soal margin yang tipis, dan sesiapa yang menjaringkan gol pertama kemungkinan besar akan menang.
“Saya rasa ia adalah perlawanan yang seimbang,” kata McKenna.
“Ia bukan perlawanan yang paling berkualiti musim ini. Separuh masa pertama sangat seimbang. Ia benar-benar berasa seperti perlawanan gol pertama. Jika kami yang mendapat gol itu, kami akan berada dalam kedudukan yang sangat baik, tetapi mereka yang mendapatkannya. Margin yang tipis.”
McKenna juga menyatakan kekecewaan berkenaan sepakan penalti yang diberikan kepada Forest.
“Kami kecewa kerana memberi penalti yang lemah dari perspektif kami. Saya faham kenapa ia diberikan. (Sammie Szmodics) terjahan dari belakang dan itu memberi peluang kepada pengadil untuk membuat keputusan.”
Ipswich seterusnya akan menerima kunjungan Crystal Palace yang turut bergelut di dalam liga.
Nuno bangga Forest kembali menemui rentak kemenangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.