Bencana banjir pagi ini makin kritikal, cecah 73,981 mangsa

Bencana banjir pagi ini makin kritikal, cecah 73,981 mangsa

Bencana banjir pagi ini makin kritikal, cecah 73,981 mangsa
Keadaan banjir di Kedah. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah penduduk terjejas akibat banjir yang melanda tujuh negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor terus meningkat kepada 73,981 mangsa daripada 22,911 keluarga setakat jam 7 pagi ini.

Susulan itu setakat ini, sebanyak 551 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan masih merekodkan angka mangsa banjir tertinggi dengan 59,223 orang yang membabitkan 18,469 keluarga.

Setakat ini, sebanyak 221 PPS dibuka di 10 daerah negeri berkenaan.

Di Terengganu, seramai 11,859 mangsa banjir (3,459 keluarga) sedang berlindung di 234 PPS yang beroperasi di lapan daerah, manakala di Kedah, 31 PPS telah dibuka di lima daerah yang menempatkan 2,204 mangsa banjir (761 keluarga).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


Di Negeri Sembilan pula, enam PPS sedang beroperasi yang menempatkan 274 mangsa (96 keluarga) di dua daerah, empat PPS dibuka di Perlis dengan seramai 331 orang selain dua PPS dibuka masing-masing membabitkan 69 mangsa atau 22 keluarga) dan 21 mangsa (lima keluarga) di Perak dan Selangor.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir, seramai 24,211 (32.73 peratus) adalah lelaki dewasa, 25,850 (34.95 peratus) perempuan dewasa; 11,158 (15.08 peratus) kanak-kanak lelaki; 10,697 (14.46 peratus) kanak-kanak perempuan; 1,048 (1.48 peratus) bayi lelaki; dan 958 (1.3 peratus) bayi perempuan.

Seterusnya, 2,360 mangsa (3.56 peratus) lelaki warga emas; 3,067 (4.15 peratus) wanita warga emas; 1,287 (1.74 peratus) orang kurang upaya (OKU) lelaki; dan 748 (1.01 peratus) OKU perempuan.

Bencana banjir pagi ini makin kritikal, cecah 73,981 mangsa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker