Amorim raih kemenangan pertama di Old Trafford
Amorim raih kemenangan pertama di Old Trafford
Manchester: Rasmus Hojlund menjaringkan dua gol ketika Manchester United mencatat kemenangan 3-2 dalam perlawanan Liga Europa yang penuh drama menentang Bodo/Glimt, awal pagi tadi, sekali gus memberikan Ruben Amorim kemenangan dalam perlawanan pertamanya di Old Trafford.
Alejandro Garnacho pantas meletakkan Manchester United di depan seawal minit pertama selepas penjaga gol lawan, Nikita Haikin melakukan kesilapan.
Namun, Hakon Evjen menyamakan kedudukan untuk pasukan Norway itu minit ke-19 dan Philip Zinckernagel melakukan larian deras di sayap kanan untuk meletakkan pelawat di depan minit ke–23.
Hojlund menyamakan kedudukan untuk United dengan penyudah hebat sebelum tamat separuh masa pertama dan menjaringkan gol kemenangan di awal separuh masa kedua.
Amorim menyifatkan perlawanan itu sebagai ‘cabaran sebenar’ dan mengakui sedang melalui proses untuk mengenali setiap pemainnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
“Saya melihat apa yang semua orang lihat, detik-detik yang bagus, detik-detik sukar, sedikit kekeliruan di penghujung perlawanan ketika cuba mengekalkan keputusan, tetapi barisan pemain melakukan tugas yang hebat.
“Mereka berlari, mereka memberi tekanan, mereka cuba melaksanakan perkara yang kami usahakan dalam tiga hari ini, dan kami menang,” kata Amorim kepada TNT Sports.
Amorim juga berkata, dia sangat tersentuh dengan sambutan yang diberikan oleh peminat di Old Trafford.
“Perkara pertama adalah separuh daripada stadium ini tidak mengenali saya, tidak betul-betul mengenali saya.
“Saya datang dari Portugal. Saya belum lakukan apa-apa yang istimewa, jadi cara mereka membuat saya rasa seperti di rumah sendiri, ia amat istimewa,” tambahnya.
Bekas pengendali Sporting Lisbon itu yang sebelum ini menyatakan bahawa pendekatannya memerlukan masa untuk diterapkan, melakukan enam perubahan daripada pasukan yang terikat 1-1 dengan Ipswich dalam perlawanan pertama di bawah bimbingannya, Ahad lalu.
Tyrell Malacia kembali ke kesebelasan utama United buat kali pertama sejak perlawanan terakhir musim 2022/23.
Bodo/Glimt turut melakukan beberapa perubahan berbanding ketika saingan domestik yang menyaksikan mereka kini mendahului liga Norway dengan kelebihan satu mata dan hanya berbaki satu perlawanan.
Amorim melambai tangan kepada peminat dan dikerumuni jurugambar ketika beliau mengambil tempatnya di Old Trafford buat kali pertama.
United kini menghuni tangga ke-12 carta, dengan dua kemenangan dan tiga seri dalam lima perlawanan pertama format baharu peringkat liga.
Amorim raih kemenangan pertama di Old Trafford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.