Akhirnya Kezaliman Ke Atas DS Najib Terbukti Di Mahkamah

Akhirnya Kezaliman Ke Atas DS Najib Terbukti Di Mahkamah

Akhirnya Kezaliman Ke Atas DS Najib Terbukti Di Mahkamah

 

Mahkamah Tinggi Putrajaya akhirnya membuat keputusan melepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) kepada DS Najib dan Irwan Serigar daripada enam tuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion.

Hakim perbicaraa, Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian berdasarkan faktor pertama iaitu pendakwaan tidak memenuhi sepenuhnya Kanun Tatacara Jenayah (CPC).



Ia membabitkan kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pasukan pembelaan.

Sedangkan pertuduhan telah difailkan sejak 2018.

Dokumen-dokumen terbabit termasuk rekod mesyuarat kabinet serta dokumen daripada Kementerian Kewangan.

Faktor kedua perintah itu diberi kerana DNAA tidak memprejudiskan kes pendakwaan yang mana pendakwaan boleh menuduh kedua-dua tertuduh semula.



Dan fetiga pla kerana kes ini didaftarkan pada tahun 2018.

Namun perbicaraan tidak dapat diteruskan walaupun tarikh perbicaraan telah ditetapkan beberapa kali.

Ini adalah kerana pendakwaan tidak memenuhi sepenuhnya peruntukan Seksyen 51A CPC.

“Ini merupakan suatu kelewatan melampau.”



“Maka permohonan DS Najib selaku tertuduh pertama dan Mohd Irwan tertuduh kedua dalam notis usul dibenarkan.”

“Oleh itu, tertuduh pertama dan kedua dilepaskan tanpa dibebaskan daripada keenam-enam pertuduhan.”

“Wang jamin iaitu RM1 juta bagi setiap tertuduh, dikembalikan kepada penjamin,” putus Muhammad Jamil Hussin.

Memahami Kes IPIC

 



DS Najib dan Mohd Irwan, telah didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion.

Ianya berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

DS Najib telah berulang kali menerangkan bahawa setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB adalah setelah ianya dijamin atau dihantar kepada syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi, UAE.

Sebab itu, kerajaan Barisan Nasional di era DS Najib telah tandatangan satu perjanjian penyelesian.



Ia untuk memberi masa sehingga 30 Disember 2020 kepada Abu Dhabi membayar balik sehingga US$7 bilion (RM32.6 bilion) kepada Malaysia.

Selepas Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, pada 25 Oktober 2018, DS Najib telah didakwa di mahkamah.

Beliau didakwa melakukan pecah amanah melibatkan dana kerajaan sebanyak RM6.6 bilion berhubung penyelesaian dengan IPIC.

Lima hari kemudian, Tommy Thomas bawah kerajaan Pakatan Harapan di era Dr Mahathir pula menggunakan pendakwaan ke atas DS Najib sebagai alasan utama untuk membatalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.



Motifnya supaya wang 1MDB tidak akan dibayar balik seperti dijadualkan dalam penyelesaian tersebut.

DS Najib pernah beberapa kali minta dalam dan luar Dewan Rakyat agar perjanjian penyelesaian IPIC didedahkan.

Ia bagi membuktikan kerajaan di era DS Najib sudah selesaikan kes 1MDB.

Dan IPIC telah berjanji untuk membayar sehingga US$7.5 bilion (RM35b) kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020.

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan di era Dr Mahathir enggan dedahkan dokumen perjanjian penyelesaian IPIC.

Alasan yang diberikan adalah kes di mahkamah dan dokumen itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia.

Penyelesaian dengan IPIC akhirnya tercapai oleh kerajaan perpaduan pada awal tahun ini.

Tetapi hanya pada jumlah US$1.8 bilion (RM8.08 bilion) iaitu kekurangan sehingga US$5.2 bilion (RM24.2 bilion) berbanding jumlah asal US$7 bilion (RM32.6 bilion).

Perjalanan Kes IPIC

 

DS Najib didakwa pada 24 Oktober 2018 dengan kes IPIC kerana kononnya menipu kerajaan dengan tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

Pada 30 Oktober 2018, kerajaan Pakatan Harapan era Dr Mahathir batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

Alasannya adalah perjanjian itu tidak sah kerana DS Najib telah didakwa dalam mahkamah.

Sejak pendakwaan dilakukan, kes tidak pernah dibicarakan.

Ianya telah ditangguhkan kerana pendakwaan gagal memberikan dokumen berkaitan dakwaan kepada pihak pembelaan.

Malah telah tular memo dalaman kepada Peguam Negara ketika itu (Tommy Thomas) dari 7 DPP dan 5 pegawai penyiasat.

Kesemua mereka sebulat suara bersetuju kes ini tidak patut dan tidak layak dibawa ke mahkamah kerana DS Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Mereka juga mendapati tiada sebarang dokumen menunjukkan DS Najib telah melakukan kesalahan dan tiada satu dari kenyataan seramai 138 kenyataan saksi memihak kepada pendakwaan.

Mereka mengesyorkan supaya kes IPIC terhadap DS Najib dan Irwan patut digugurkan.

Setelah ianya ditangguhkan lebih 30 kali dan membazirkan masa mahkamah lebih dari 6 tahun, mahkamah akhirnya memberikan DNAA kepada DS Najib.

Persoalan yang timbul adalah:

  • Mengapakah tanpa dokumen yang kukuh, Jabatan Peguam Negara masih mahu meneruskan pebdakwaan?
  • Apakah Peguam Negara ketika itu dikuasai oleh pihak tertentu, sekiranya benar, siapa?
  • Mengapakah Peguam Negara ketika itu berkeras mahu meneruskan pendakwaan sedangkan beliau dinasihatkan supaya menggugurkan kes tersebut?
  • Siapakah yang mesti bertanggungjawab bagi kerugian sehingga RM24.2 bilion bagi negara, kesan dari pembatalan perjanjian yang pertama?
  • Mengapakah kerajaan Pakatan Harapan di era Dr Mahathir enggan mendedahkan isi kandungan perjanjian yang pertama?
  • Dan persoalan yang terbesar adalah, apakah motif sebenar pendakwaan tersebut?

Undang-undang adalah untuk menegakkan keadilan dan bukannya untuk menzalimi musuh politik.

 

Akhirnya Kezaliman Ke Atas DS Najib Terbukti Di Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker