Cabaran Alto kekalkan prestasi Sabah tanpa kelibat Kim Swee
Cabaran Alto kekalkan prestasi Sabah tanpa kelibat Kim Swee
Kota Kinabalu: Pengendali sementara Sabah FC, Alto Linus, mengakui menggalas tugas yang mencabar untuk mengekalkan prestasi pasukan selepas ketiadaan Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee yang mengumumkan keputusan tidak menyambung kontrak bersama Sabah FC mengakhiri tugasnya ketika Sang Badak menentang PT Athletic FC pada perlawanan pertama Pusingan 16 Piala Malaysia 2024, Sabtu lalu.
Berikutan itu, Alto kini menggalas tugas pertamanya mengambil alih posisi Kim Swee pada perlawanan kedua saingan berkenaan yang dijadualkan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.
Alto mengakui Kim Swee meninggalkan pasukan ketika sedang berada di kemuncak dan pada tahap tertinggi yang disifatkannya memberi cabaran besar kepada beliau untuk mengekalkan pencapaian itu.
Bagaimanapun, beliau meletakkan keyakinan terhadap kemampuan dan tahap profesional pemain Sang Badak untuk memastikan prestasi terbaik dapat dikekalkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
“Bagi saya secara peribadi bukan tugas mudah berada di sini untuk menggantikan Datuk Ong Kim Swee, termasuk mengekalkan corak yang diterapkan kepada semua pemain.
“Tapi, saya akan cuba lakukan yang terbaik kerana saya sendiri pun dididik Datuk Ong Kim Swee. Jadi bukan masalah besar untuk mengekalkan prestasi Sabah FC jika semua pihak memberikan kerjasama dengan sebaiknya,” katanya.
Beliau mengulas persediaannya mengambil alih sementara tugas ditinggalkan Kim Swee yang terkini dilaporkan bakal berhijrah ke Indonesia bagi mengendali skuad Persatuan Sepak Bola Indonesia Surakarta (PERSIS) Solo yang bermain dalam Liga 1 Indonesia.
Alto berkata beliau yakin ketika ini Sabah FC berada di landasan terbaik dan berupaya mengekalkan prestasi sedia ada untuk memastikan skuad Sang Badak itu terus menjadi pasukan bola sepak yang disegani.
Cabaran Alto kekalkan prestasi Sabah tanpa kelibat Kim Swee
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.