Kejadian kepala air punca rakit terbalik, 3 kakitangan JKR lemas

Kejadian kepala air punca rakit terbalik, 3 kakitangan JKR lemas

Kejadian kepala air punca rakit terbalik, 3 kakitangan JKR lemas
Anggota polis dan kakitangan hospital mengangkat ketiga-tiga mayat mangsa lemas yang tiba dengan kenderaan polis ke Unit Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 9.50 malam untuk dibedah siasat. – Foto BERNAMA

KAMPAR: Tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang lemas ketika melakukan aktiviti berakit sewaktu menyelusuri Sungai Jahang, dekat Gopeng, terbalik akibat kejadian kepala air, petang tadi.

Mangsa adalah Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah, Suhaili Mat Saad, 47; Penolong Jurutera Kanan JKR Daerah Langkawi, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 dan Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Daerah Langkawi, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29.

Kejadian kepala air punca rakit terbalik, 3 kakitangan JKR lemas
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.50 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.50 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, seramai 21 peserta, lima jurupandu dan seorang jurufoto menaiki empat bot ‘water rafting’ berlepas dari sebuah resort melalui Sungai Jahang jam 3.30 petang.


“Keadaan sungai semasa mereka mula melakukan aktiviti masih sesuai untuk ‘water rafting’.

Kejadian kepala air punca rakit terbalik, 3 kakitangan JKR lemas
Tiga peserta ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Kampar, dekat Gopeng, hari ini. – Foto ihsan Bomba

“Bagaimanapun, semasa 500 meter dari tempat perlepasan, berlaku hujan berterusan menyebabkan paras air sungai naik mendadak lalu mengakibatkan rakit terakhir yang dinaiki tujuh individu terbalik.

“Mangsa hanyut 800 meter dari tempat bot terbalik sebelum tiga mangsa itu disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Menurutnya, proses pengecaman mayat dilakukan oleh kawan si mati sebelum dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

Mohamad Nazri berkata, semua peserta yang terdiri daripada tujuh kakitangan JKR Langkawi dan 14 kakitangan dari JKR Seberang Perai Tengah menginap di sebuah resort berdekatan sungai terbabit untuk program ‘Team Building’.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan semua peserta termasuk mangsa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti berakit.

Kejadian kepala air punca rakit terbalik, 3 kakitangan JKR lemas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker