Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

 

Pemergian Allahyarham Tun Daim Zainuddin buat selama-lamanya pasti masih lagi ditangisi oleh keluarga Allahyarham.

Namun ianya bukanlah satu pemergian yang mengejutkan kita semua kerana memandangkan kesihatan Allahyarham yang semakin hari semakin merosot.



Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَاِنَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَاُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

Mafhumnya:

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.



Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.

Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan.

Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

Ali Imran: 85



Kepada kita yang masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup, berdoalah agar roh orang yang telah pergi itu mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT.

Kalau pun ada dosa yang si mati lakukan sepanjang hayat beliau, itu bukan lagi urusan kita untuk mengadilinya.

Itu sudah menjadi urusan antara si mati dengan Allah SWT.

Dr Mahathir Sepatutnya Bersyukur Kerana Masih Mempunyai Kesempatan Untuk Bertaubat

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin



 

Dalam satu hantaran di akaun Facebook, mantan perdana menteri, Dr Mahathir, dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan atas pemergian Allahyarham Daim untuk melempiaskan dendam beliau.

Tidak ada siapa yang menafikan jasa dan sumbangan Allahyarham Daim sepanjang dua kali menjadi Menteri Kewangan.

Tetapi, apa maksud Dr Mahathir yang mengatakan di penghujung hayat Allahyarham Daim telah diherdik tanpa sebab dan kerana dendam.



Serta apa yang tersirat di sebalik ayat Inikah balasan yang menimpa kerana dendam?

Kepada siapa ianya ditujukan?

Apakah Dr Mahathir menceritakan mengenai nasib Allahyarham Daim atau beliau cuba memanggil simpati rakyat atas nasib yang kononnya sedang beliau hadapi.

Apakah Dr Mahathir bukan seorang pedendam?



Dr Mahathir sepatutnya mengambil iktibar atas pemergian Allahyarham Daim dan bersyukur kerana beliau masih lagi diberi peluang untuk bertaubat.

Bukan cuba politikkan pemergian seorang yang beliau dakwa sebagai sahabat.

 

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker