Lelaki Myanmar maut gaduh dengan rakan senegara
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki Myanmar maut selepas mengalami kecederaan parah dalam pergaduhan sekumpulan lelaki warga asing dalam kejadian di bilik asrama sebuah kilang di Bakri di sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, susulan kejadian itu, polis menahan empat rakan senegara yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan terbabit.
“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun manakala umur mangsa tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada si mati.
Raiz Mukhliz berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang masih bebas dan punca pergaduhan masih dalam siasatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE