Malam tadi kami tidur bersama, pagi ini saya kehilangannya

Malam tadi kami tidur bersama, pagi ini saya kehilangannya

Malam tadi kami tidur bersama, pagi ini saya kehilangannya
Keadaan tiga motosikal berkuasa tinggi yang terbabit nahas dengan sebuah kereta mengorbankan Razak Jufrin di Jalan Paloh-Yong Peng, Kangkar Baru di Yong Peng, pagi tadi. – NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Itu luahan Mohd Huzaini Jufrin, 55, yang kehilangan abangnya, Razak, 63, dalam nahas tiga motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kereta di Jalan Paloh-Yong Peng, Kangkar Baru, dekat sini, pagi tadi.

Kemalangan sekitar jam 8 pagi ketika arwah menyertai konvoi bermotosikal dari Segamat dalam misi jelajah ukhwah Persatuan Superbike Malaysia (SAM) Johor untuk memberi sumbangan kepada asnaf di Kluang.

Mohd Huzaini atau dikenali Cikgu Jai, berkata mereka bertolak dari Pasir Gudang semalam dalam konvoi100 motosikal, termasuk 50 motosikal berkuasa tinggi.

Ketika kejadian, katanya, dia bersama peserta konvoi lain berada di hadapan, manakala arwah selaku marsyal yang mengawal keselamatan peserta mengekori dari belakang.

“Kira-kira 20 kilometer hendak sampai Kluang, saya menerima panggilan memberitahu abang terbabit kemalangan, tak tahu abang sudah meninggal dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU


“Sebaik menerima berita itu, saya bersama peserta konvoi yang lain berpatah balik dan apabila tiba di lokasi, lihat orang ramai sudah menutup jenazah.

“Saya dimaklumkan abang meninggal dunia di tempat kejadian, waktu itu ambulans sudah tiba, tetapi disebabkan kes kematian, kami perlu menunggu polis,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), hari ini.

Menurut Mohd Huzaini, konvoi mereka sebelum itu singgah di Senggarang, dekat sini dan kemudian ke Muar sebelum bertolak ke Segamat untuk program sumbangan kepada asnaf.

“Rasa macam tak percaya arwah sudah tiada kerana baru semalam kami berborak. Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan atau petanda mahu pergi untuk selama-lamanya.

“Hari ini sepatutnya kami ke Kluang, namun disebabkan pemergian arwah, kami terpaksa tangguh program. Arwah periang, selalu bergurau senda. Kami merasai kehilangannya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar


Katanya, arwah anak pertama daripada lapan beradik sudah lama menyertai konvoi SAM terutama bagi kerja amal menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

“Sepatutnya sebelum konvoi berlepas, dia menunggang motosikal saya, tapi ada masalah, dia guna motosikal orang lain. Kami amat sedih kerana arwah tak sempat menghabiskan jelajah,” katanya memaklumkan, Mersing adalah destinasi terakhir jelajah konvoi berkenaan.

Katanya, jenazah dijangka dibawa pulang ke Kampung Kopok di Pasir Gudang untuk dikebumikan.

Malam tadi kami tidur bersama, pagi ini saya kehilangannya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker