Jentera serangan Real Madrid lemah

Jentera serangan Real Madrid lemah

Jentera serangan Real Madrid lemah
Barisan pemain Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang AC Milan tempoh hari. – Foto AFP

Madrid: Real Madrid akan berusaha untuk menghidupkan semula jentera serangan mereka ketika bertemu Osasuna dalam perlawanan LaLiga dengan harapan dapat mengelak daripada kehilangan lebih banyak mata berbanding pendahulu Barcelona begitu awal musim ini.

Real kini di tempat kedua dengan 24 mata daripada 11 perlawanan, sembilan mata di belakang Barcelona.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu ditewaskan 4-0 oleh Barcelona dalam saingan liga sebelum kalah 3-1 kepada AC Milan pada pertemuan Liga Juara-Juara, dengan tewas dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri selepas melepaskan tiga gol buat pertama kali sejak Mei 2009.

Namun, untuk pasukan yang terkenal dengan reputasi sebagai antara yang mengamalkan taktikal menyerang, kebimbangan utama adalah kekurangan koordinasi di barisan hadapan, dengan Vinicius Jr, Kylian Mbappe, dan Jude Bellingham kelihatan lemah serta beraksi tanpa keserasian.

Mbappe, yang ditandatangani dari Paris St Germain awal tahun ini, bermain di posisi lebih tengah di Madrid berbanding di Ligue 1 dan hanya menjaringkan satu gol dalam enam perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU


Pemain antarabangsa England, Bellingham, yang juga tonggak penting dalam kemenangan berganda Real dalam Liga Juara-Juara dan LaLiga musim lalu, turut bergelut selepas dipindahkan ke peranan yang kurang menyerang dan masih belum menjaringkan gol musim ini.

Selepas kekalahan kepada Milan, pengurus Real, Ancelotti, berkata kemenangan di tempat sendiri menentang Osasuna boleh membantu pasukannya kembali ke landasan yang betul.

“Setiap tahun ada tempoh sukar di mana anda perlu berjuang, bertahan, dan merenung sesuatu.

“Apa yang luar biasa, adalah pasukan ini berada dalam prestasi hebat dan ia menurun dengan cepat dalam perlawanan terakhir.

“Itu adalah sebahagian daripada bola sepak, tetapi yang bagusnya anda mempunyai peluang untuk bertindak balas dengan cepat, dan kami mempunyai satu lagi perlawanan di tempat sendiri supaya kami boleh kembali prestasi seperti musim lalu,” katanya.

Namun, menewaskan Osasuna bukanlah tugas mudah, dengan kelab di tempat kelima itu menjadi salah satu daripada hanya dua pasukan musim ini menewaskan Barcelona.

Kemenangan di Santiago Bernabeu pada sepak mula awal hari Sabtu akan membolehkan Real merapatkan jurang dengan Barcelona kepada enam mata, sekurang-kurangnya sehingga Ahad, apabila pendahulu liga itu berkunjung ke Real Sociedad.

Barcelona, yang mendahului carta jaringan di liga utama Sepanyol dengan 40 gol, akan mencari peluang untuk meningkatkan perbezaan jaringan mereka sekali lagi ketika menentang Sociedad, yang tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam semua pertandingan.

Jentera serangan Real Madrid lemah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker