Gunung Marapi di Indonesia meletus
GUNUNG Marapi. FOTO Pos PGA MarapiJakarta: Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis dan menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Penduduk setempat diminta mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 4.5 kilometer dari kawah.
Mereka yang tinggal di sepanjang sungai yang berpunca dari lereng gunung turut dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar semasa hujan lebat.
Gunung Marapi adalah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
You must be logged in to post a comment.