KBS sedia pertimbangkan permintaan PKBM

KBS sedia pertimbangkan permintaan PKBM

KBS sedia pertimbangkan permintaan PKBM
HANNAH (tengah) akan buat lawatan ke velodrom selepas sidang parlimen tamat dan akan pergi ke Perak bersama ahli PKBM. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi reaksi positif terhadap tiga permintaan dari Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, permintaan oleh PKBM itu adalah perkara biasa dari setiap persatuan dan pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan atlet dari sukan berkenaan mendapat manfaatnya.

“Antara tiga permintaan dari PKBM ialah menaik taraf Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak kerana ia ada keperluan di sana untuk diperbaiki segala kerosakan yang dialami. Jadi itu memang dalam pertimbangan KBS tapi belum ada keputusan lagi.

“Saya akan buat lawatan ke velodrom selepas sidang parlimen tamat dan akan pergi ke Perak bersama ahli PKBM. Seterusnya, mereka meminta peruntukan dana secara tetap kepada pasukan lebuh raya negara dan perkara itu akan dipertimbangkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

“Terakhir, PKBM memerlukan dana yang wujud di peringkat KBS untuk membantu mengadakan kejohanan bertaraf antarabangsa di mana mereka akan bertindak sebagai tuan rumah. Kita ada geran padanan sukan dan dana sukan komuniti yang mana semua persatuan boleh mohon,” katanya selepas mengadakan pertemuan PKBM bersama KBS di Majlis Sukan Negara, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar


Pada perkembangan sama, Hannah mengingatkan setiap persatuan di Malaysia jangan bertindak semberono dalam membida kejohanan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan.

Kata Hannah, tindakan persatuan yang suka bertindak terlebih dahulu tanpa melakukan perbincangan dengan KBS bakal menyukarkan lagi keadaan terutama dalam soal memberi peruntukan kepada program sukan yang ingin dianjurkan itu.

“Jemaah Menteri meminta setiap persatuan yang pergi membida untuk kejohanan antarabangsa, mereka perlu mendapatkan kebenaran dari kerajaan terlebih dahulu kerana ada kes sebelum ini apabila ada persatuan pergi membida tapi mereka tidak ada dana.

“Bila itu terjadi, mereka datang memohon kepada KBS dan bila kita tidak bagi sebab tiada dalam perancangan kita, persatuan itu tetap meneruskan kejohanan itu dan mengalami beberapa masalah seperti atlet yang mengalami sakit perut akibat permasalahan dari segi penyediaan makanan.

“Sebab itu KBS sudah menghantar surat peringatan kepada semua persatuan untuk mendapatkan kebenaran jika hendak bida, pastikan ada dana yang mencukupi dan dapat kebenaran menteri,” katanya.

KBS sedia pertimbangkan permintaan PKBM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker