Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi

Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi

Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi

 

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial mengenai pengakuan Presiden PAS, Hadi Awang yang mendakwa kononnya beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Ada antara netizan yang mempersendakan dakwaan Hadi, tetapi seperti biasa, ahli PAS yang tegar akan terus mempercayainya.

Sebenarnya, penulis tidak mahu mengulas mengenai perkara ini memandangkan ianya bukanlah satu pendakwaan yang remeh.

Amaran Rasulullah SAW sangat jelas:

وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”

Riwayat al-Bukhari: 110

Bukan penulis mahu mengatakan Hadi Awang menipu.

@malaysiaunfold

Presiden PAS, Hadi Awang dakwa mimpi jumpa Rasulullah SAW dalam keadaan muka hitam dan bersedih. #fyp #fypシ #hadiawang #pas #malaysiaunfold #malaysiatiktok #malaysia

♬ original sound – Malaysia Unfold – Malaysia Unfold

Tetapi melalui video klip di atas, bandingkan dan fikirkanlah sendiri perbezaan mimpi Hadi Awang dengan mimpi ulamak yang pernah bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi.

Dan berikut ada beberapa kisah mengenai ulamak yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW:

Ustadz Khalid Basalamah

 

Menurut Imam Khalid, beliau mengamailak amalan khusus, seperti selawat 10 ribu kali.

“Saya pernah mimpi Nabi Shallallahu alaihi wassallam ada di hadapannya saya.”

“Wajah beliau persis seperti apa yang saya tahu, alisnya, sempat mengembuskan nafasnya.”

“Kemudian saya menghirupnya, itu saja baginda tidak berkata apa-apa.”

Syekh Ahmad Umar Hasyim

 

Syekh Ahmad Umar Hasyim berkata beliau melihat Rasulullah SAW sedang tawaf mengelilingi Ka’bah di antara Rukun Yamani dan pintu Ka’bah.

Kemudian Syekh Ahmad Umar Hasyim mengikuti Rasul dari belakang.

Beliau memberi tahu mimpi tersebut kepada ayahnya.

Ayahnya berkata, beliau akan berjalan di atas petunjuk Rasulullah SAW dan tidak lama lagi akan menunaikan ibadah haji.

Ianya benar-benar terjadi kerana walau berstatus mahasiswa, beliau berkesempatan melaksanakan haji dengan dibiayai oleh kampusnya.

Syekh Sholahuddin Fakhry

 

Syekh Sholahuddin Fakhry menceritakan pengaman indahnya ketika bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Ketika itu beliau baru pulang dari sholat tarawih di masjid.

Beliau melanjutkan ibadah dengan melakukan salawat kepada Rasulullah SAW hingga dirinya terlelap.

Dalam tidurnya, beliau bermimpi sedang berada di padang pasir yang begitu panas.

Saat beliau menoleh, beliau melihat rumah kuno khas rumah Suku Quraisy.

Ia berjalan ke depan rumah tersebut dan melihat sebuah perigi yang kering kerontang.

Ada seorang laki-laki yang berdiri di hadapan sumur tersebut.

Syekh Sholahuddin Fakhry bertanya, “Siapakah laki-laki itu?”

Tiba-tiba seseorang menjawab, “Ini seorang laki-laki kafir.”

Lalu ketika Syekh Sholahuddin Fakhry menoleh ke kiri, ia melihat Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As Siddiq berdiri di hadapannya.

Nabi Muhammad SAW tersenyum kepadanya.

Syekh Sholahuddin Fakhry menjelaskan bahwa Rasulullah SAW memiliki janggut cukup panjang, rupawan, serta berwibawa.

Sementara Abu Bakar As Siddiq harum semerbak dan sikapnya rendah diri.

Saat itu, laki-laki kafir yang berdiri di hadapan sungai berkata pada Nabi SAW, “Wahai Muhammad lihatlah perigi ini.”

Perigi tersebut kering kontang tanpa sedikit pun air.

Nabi Muhammad SAW meludah sedikit ke dalam perigi dan diikuti juga oleh Abu Bakar AS Siddiq.

Seketika itu perigi tersebut penuh.

Melihat mukjizat Nabi Muhammad SAW, laki-laki kafir itu pun segera memeluk Islam.

Itu merupakan sebahagian dari kisah ulamak yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Bandingkan dan fikirkan sendiri sama ada Hadi Awang benar-benar bermimpi bertemu Rasulullah SAW atau beliau berfantasi.

 

Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker