Doktor dipenjara lebih 31 tahun, cuba bunuh teman lelaki ibu dengan suntikan Covid-19 palsu
Doktor dipenjara lebih 31 tahun, cuba bunuh teman lelaki ibu dengan suntikan Covid-19 palsu
London: Seorang doktor Britain pada hari Rabu dipenjarakan selama 31 tahun lima bulan kerana komplot berani tetapi tidak berjaya untuk membunuh pasangan ibunya dengan vaksin Covid-19 palsu.
Thomas Kwan, 53, memalsukan dokumen perubatan dan berpakaian menyamar sebagai jururawat meracuni mangsanya.
Tertuduh sempat mengambil tekanan darah ibunya sendiri sebelum memberikan racun kepada pasangannya ketika itu Patrick O’Hara di Newcastle, utara England.
O’Hara terselamat tetapi mengalami ‘necrotising faciitis’, jangkitan bakteria pemakan daging yang berpotensi membawa maut, selepas menerima suntikan itu.
Dia juga perlu menjalani beberapa pembedahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
Kwan, seorang doktor keluarga di Sunderland, mengaku bersalah atas cubaan membunuh bulan lalu sejurus selepas perbicaraannya bermula di Mahkamah Newcastle Crown.
Dia sebelum ini mengakui pertuduhan memberi bahan berbahaya.
Hakim Christina Lambert menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan lima bulan kepada Kwan kerana apa yang disifatkannya sebagai “rancangan berani untuk membunuh seorang lelaki di hadapan mata.”
Sementara itu BBC melaporkan tertuduh telah merancang serangan ‘berani’ tersebut selama berbulan-bulan, kata pendakwa Peter Makepeace KC.
Dia didakwa taksub dengan wang dan marah apabila ibunya, Wai King Leung, yang juga dikenali sebagai Jenny Leung, membuat wasiat pada tahun 2021 memberikan pasangannya selama 21 tahun iaitu O’Hara sebahagian daripada rumahnya di Newcastle, menurut keterangan di mahkamah.
Kwan, seorang doktor kaya yang tinggal di rumah besar di Ingleby Barwick bersama isteri dan anak lelakinya, bertindak semata-mata kerana tamak, kata pihak pendakwaan.
Doktor tersebut memasang perisian pengintip pada komputer ibunya bertahun-tahun sebelum ini untuk menjejaki kewangan ibunya.
Pada 22 Januari, Kwan pergi ke rumah ibunya yang tinggal bersama O’Hara di St Thomas Street, menyamar sebagai jururawat komuniti bernama Raj Patel setelah mengatur kunjungan itu melalui beberapa surat palsu.
Dia menyamar dengan memakai pelitup muka dan topi serta membuat kad pengenalan palsu di mana dia menukar warna kulitnya menjadi lebih gelap dan memakai rambut palsu hitam bersama janggut dan misai palsu.
Doktor itu telah memandu ke Newcastle pada malam sebelumnya dengan kereta yang dilengkapi plat nombor palsu dan menginap di hotel berdekatan menggunakan nama samaran.
Pada akhir lawatan selama 45 minitnya, di mana dia melakukan pemeriksaan darah dan tinjauan kesihatan, Kwan menyuntik suntikan kononnya vaksin Covid-19 yang sebenarnya adalah racun di lengan O’Hara.
Doktor dipenjara lebih 31 tahun, cuba bunuh teman lelaki ibu dengan suntikan Covid-19 palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET