Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

 

Memang benar, di awal pendakwaan mantan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, DS Najib, beliau tidak mahu mengheret sama akar umbi dan parti.

Sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat dan parti, DS Najib bersedia menghadapi setiap pendakwaan bersendirian.

Beliau boleh saja mengheret rakyat ke jalan raya sebagaimana yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim.

Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, DS Najib tahu, kesan yang akan ditanggung oleh negara dan rakyat sangat buruk.

Ketika Anwar mengheret rakyat ke jalan raya, DS Najib melihat sendiri bagaimana rakyat yang tidak berdosa dikasari.

DS Najib juga melihat sendiri bagaimana keadaan itu telah memberikan impak yang sangat negatif kepada negara dari pelbagai sudut.

Hubungan Malaysia dengan negara luar menjadi tegang, pelabur asing hilang kepercayaan kepada sistem di Malaysia.

DS Najib tidak mahu perkara yang sama berulang.

Sistem Lama Yang Masih Di Kekalkan

 

Sepanjang perbicaraan kes SRC dan kes 1MDB, kita didedahkan dengan pelbagai persoalan yang menimbulkan keraguan ke atas sistem kita.

Kita juga didedahkan dengan pelbagai konspirasi di peringkat tertinggi yang bermotifkan politik dendam ke atas DS Najib.

Ianya bukan khabar angin, tetapi fakta yang tidak hanya disokong dengan keterangan saksi di mahkamah dan juga dokumen transaksi kewangan sama ada dari dalam atau luar negara.

Taufiq Ayman, suami mantan gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Aziz, secara jelas menerima duit 1MDB dari Jho Low.

Kerajaan Singapura mengesahkannya dan SPRM juga pernah mengesahkannya.

Tetapi tiada pendakwaan dibuat ke atas beliau.

Peguam 1MDB, Jasmine Loo, secara jelas sudah disita hartanya yang bernilai puluhan juta ringgit, juga tidak didakwa, malah dijadikan saksi pendakwaan.

Tidak ada walau seorang lembaga pengarah 1MDB didakwa, tetapi DS Najib yang hanya menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat yang didakwa.

Bukankah lembaga pengarah yang menguruskan syarikat?

Pemimpin UMNO Bersifat Enau Dalam Belukar

 

Manakala pemimpin UMNO dilihat lantang bersuara tentang keadilan untuk DS Najib hanya ketika menjelang pilihan raya atau perhimpunan agung parti.

Akar umbi diperbodohkan dengan kata-kata sesuatu sedang dilakukan, tetapi realitinya tidak ada satu pun yang sudah dilakukan.

Apa sudah jadi dengan RCI untuk Tommy Thomas?

Bagaimana dengan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya?

Bukankah itu yang dilaungkan oleh Ketua Penerangan UMNO yang kini menjadi Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said?

Sebagai Menteri Undang Undang, mengapa beliau terus membisu dalam isu Titah Adendum YDP Agong yang memberikan tahanan rumah ke atas DS Najib?

Apakah Azalina kini sudah menjadi seperti lembu yang telah dicucuk hidung?

Akar umbi mesti bangkit tanpa mengharapkan pemimpin UMNO, sekiranya benar mahu mengubah sistem yang ada.

Ini bukan soal DS Najib, tetapi ini soal membetulkan sistem yang sudah rosak serta kepatuhan terhadap titah YDP Agong.

Jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan dengan kata-kata harapan dari pemimpin UMNO.

Ingat, kalau perkara sebegini boleh berlaku kepada seorang mantan perdana menteri, apakah yang boleh melindungi kita dari ianya berlaku kepada kita dan keluarga kita.

 

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker