Sang Badak kekalkan kemenangan di Likas
Sang Badak kekalkan kemenangan di Likas
Kota Kinabalu: Sabah menepati sasaran untuk mengutip tiga mata lagi di Stadium Likas selepas membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.
Tiga jaringan itu dijelmakan Sabah pada separuh masa pertama dan satu pada separuh masa kedua, manakala pasukan pelawat menjaringkan gol tunggal pada babak pertama.
Sabah berjaya mendapat jaringan pertama menerusi penyerangnya, Joao Pedro hasil hantaran jauh Stuart John Wilkin yang disambut dengan tandukan ke dalam gawang KDN.
Selepas gol pertama itu, Sabah tambah bersemangat untuk melakukan cubaan bagi menambah jaringan, namun situasi sebaliknya berlaku apabila KDN berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-26 sebelum Muhammad Farhan Roslan kembali meletakkan Sang Badak di hadapan pada minit ke-27.
Sang Badak sekali lagi melakar jaringan hasil serangan balas yang disudahkan Pedro melalui tandukan selepas menerima hantaran daripada Stuart pada minit ke-44, sama seperti situasi jaringan pertamanya pada minit ke-16.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Beralih ke babak kedua, Sabah berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-59 menerusi Gabriel Peres, menjadikan jurang gol memisahkan Sabah dengan KDN di Stadium Likas semakin melebar dengan kedudukan 4-1.
Sang Badak sekali lagi melakar jaringan hasil serangan balas yang disudahkan Pedro melalui tandukan selepas menerima hantaran daripada Stuart pada minit ke-44, sama seperti situasi jaringan pertamanya pada minit ke-16.
Beralih ke babak kedua, Sabah berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-59 menerusi Gabriel Peres, menjadikan jurang gol memisahkan Sabah dengan KDN di Stadium Likas semakin melebar dengan kedudukan 4-1.
Sang Badak kekalkan kemenangan di Likas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET