9 maut, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus

9 maut, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus

9 maut, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.

Jakarta: Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas Gunung Lewotobi Laki-laki di timur Indonesia meletus semalam, memuntahkan lahar dan memaksa pihak berkuasa mengosongkan beberapa kampung berhampiran, kata pegawai pada Isnin.

Jurucakap Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG), Hadi Wijaya hari ini berkata, Lewotobi Laki-Laki yang terletak di Pulau Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur meletus pada 11.57 malam waktu tempatan (15:57 GMT), mengeluarkan lahar berapi, abu dan batu.

“Selepas letusan, berlaku gangguan bekalan elektrik dan kemudian hujan dan kilat yang menyebabkan penduduk panik,” katanya kepada Reuters, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah menaikkan status gunung berapi itu ke tahap IV atau tertinggi.

Agensi mengesyorkan radius tujuh kilometer mesti dikosongkan.

Hadi berkata, lahar dan batu berapi mengalir ke penempatan terdekat sekitar empat kilometer dari kawah yang membakar dan merosakkan rumah penduduk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


Pegawai tempatan di Flores Timur. Heronimus Lamawuran berkata, setakat pagi ini sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan letusan menjejaskan tujuh kampung.

Kampung-kampung terdekat dilitupi debu gunung berapi yang tebal, tambah Heronimus.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih mengumpul data mengenai jumlah mangsa yang dipindahkan dan bangunan yang rosak.

Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, kawasan dengan aktiviti seismik tinggi di atas pelbagai plat tektonik.

Letusan itu menyusul daripada beberapa siri letusan gunung berapi yang berbeza di Indonesia dengan pada Mei lalu, gunung berapi di pulau terpencil Halmahera iaitu Gunung Ibu meletus menyebabkan pemindahan penduduk dari tujuh kampung.

Gunung berapi Ruang Sulawesi Utara juga meletus pada Mei dan mendorong pihak berkuasa untuk memindahkan lebih 12,000 orang.

Pada 11 Mei, lebih 60 orang terkorban susulan banjir kilat dan aliran lahar sejuk dari Gunung Merapi di wilayah Sumatera Barat yang meliputi beberapa daerah berhampiran.

9 maut, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker