Nelayan dituduh bunuh warga Pakistan guna pemutar skru

Oleh – Syeikh Baran

Nelayan dituduh bunuh warga Pakistan guna pemutar skru

Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan, pada 21 Oktober lalu.



Tiada pengakuan direkodkan melainkan tertuduh, Kiong Chan Kyam, 38, hanya mengakui faham dengan pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah dituduh membunuh Rashid Mahmood,48, di kedai di Jalan Burma, pada 21 Oktober lalu, kira-kira pukul 4 petang.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan tiada peguam mewakili tertuduh dan mahkamah kemudian menetapkan 21 Januari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam dipercayai dengan menggunakan pemutar skru dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang di Pulau Tikus.

Mangsa yang berusia 48 tahun sebelum itu telah dibawa oleh rakannya ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat untuk mendapatkan rawatan, namun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan berkenaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker