Aaron terima insentif RM50,000

Aaron terima insentif RM50,000

Aaron terima insentif RM50,000
AB Rauf (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Aaron, hari ini, FOTO NAZRI ABU BAKAR

Melaka: Pemain beregu lelaki utama negara, Aaron Chia menerima RM50,000 daripada kerajaan negeri Melaka sempena Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Malaysia ke-21 (Sukma XXI) Sarawak 2024, hari ini.

Anak kelahiran Batu Berendam itu yang bergandingan bersama Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa di Paris 2024, an sekali gus menghadiahkan pingat pertama negara.

Aaron berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas insentif berkenaan dan amat menghargai usaha yang dilakukan.

“Kerajaan negeri sentiasa menjaga kebajikan atlet dan kini saya sedang bersedia untuk menyertai kejohanan di Korea dalam beberapa minggu lagi

“Selain Korea kami akan menyertai kejohanan di Jepun dan China sebagai penutup penyertaan antarabangsa bagi tahun ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia


Beliau menerima bonus berkenaan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Seri Bendahara, Ayer Keroh.

Hadir sama Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal.

Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Sementara itu Ab Rauf berkata, kerajaan negeri berbesar hati menyampaikan insentif keseluruhannya bernilai RM254,675 kepada 110 atlet dan 67 jurulatih yang memenangi pingat pada Sukma XXI, disusuli insentif RM50,000 kepada Aaron.

Katanya, dia amat bangga melihat usaha gigih ditonjolkan semua penggiat sukan dan jabatan yang bertanggungjawab membantu meningkatkan kecemerlangan dalam memacu agenda pembangunan sukan di negeri terbabit.

Aaron terima insentif RM50,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker