“Semoga Yang Bersalah Sempat Minta Maaf…”-Fazura
“Semoga Yang Bersalah Sempat Minta Maaf…”-Fazura
Pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan yang melemparkan fitnah mengenai ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Puteri Balqis, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok dan Instagram, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap komen salah seorang netizen yang memfitnah ibunya mengambil barang terlarang.
“Hari ini dalam TikTok, aku terima lebih 100 komen, semua 100 komen itu benda yang sama. Jangan cakap aku tak relaks, jangan cakap baru satu komen aku dah beria, Kalau ikutkan, komen begini dan beribu dah, bertahun-tahun dah.
Mak aku tak ada media sosial. Tapi tak tahu, dia tergerak hati nak baca komen semalam dan nampak pula komen macam ni.
Aku dan Faris dari semalam tak makan, tak tidur, sebab takut mak aku bunuh dia tiba-tiba.”-kata Puteri Balqis
“Jangan Sedap Menghukum Saja Tanpa Kebenaran Sebenar…”
Isu yang berlaku pada keluarga Puteri Balqis itu turut mendapat respon oleh pelakon, Nur Fazura, menerusi Insta Stories, mempersoalkan tindakan individu terlibat yang sanggup menulis tanpa memikirkan perasaan orang lain.
“Ruginya manusia yang tidak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain dan akibatnya. Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula?
Jangan sedap menghukum saja tanpa kebenaran sebenar. Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anak-anaknya. Jika tidak jawablah dengan Allah SWT.”-tulis Fazura di Instagram
“Semoga Yang Bersalah Sempat Minta Maaf…”-Fazura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah
- Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET