Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi

Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi

Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi

 

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai masalah Cikgu Mohammad Izuddin Azhar atau di kenali sebagai Cikgu Din yang menjadi mangsa kerenah birokrasi Jabatan Pendidikan.

Secara ringkasnya, Cikgu Din yang mengajar di salah sebuah sekolah di Kanowit, Sarawak telah memohon pertukaran ke Semenanjung Malaysia.



Alasan kepada permohonan beliau adalah kerana isteri beliau, Nor Atiqah, yang berada di Kelantan sedang bertarung dengan penyakit barah tulang rawan tahap 4.

Menurut perkongsian di media sosial rakan Cikgu Din, Harima Abd Rahman, yang sama-sama mengajar di sekolah yang sama, keadaan isteri Cikgu Din semakin parah.

Malah doktor yang merawat Nor Atiqah sudah memberi isyarat supaya mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Antara SOP Dan Perikemanusiaan

 



Cikgu Din telah berulang alik ke Jabatan Pendidikan Sarawak dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya untuk urusan pertukaran.

Tetapi malangnya, alasan yang diberikan adalah EgTukar hanya boleh dibuka kepada cikgu tetap yang sudah berkhidmat selama tiga tahun.

Lebih menyedihkan lagi ada pihak atasan seakan menyindir dengan mengatakan yang sakit adalah isteri kamu dan bukan kamu!!!

Akibat dari kerisauan kerana berjauhan dari isteri yang sedang tenat, akhirnya Cikgu Din telah mengalami MDD (gangguan kemurungan mental).



Setelah isu ini tular di media sosial, Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan segera untuk membantu Cikgu Din.

Cikgu Din sudah diberikan cuti supaya beliau dapat bersama dengan isteri beliau, mungkin di saat terakhir isteri beliau.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga dikatakan akan cuba membantu Cikgu Din dalam aspek yang lain.

Tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Pendidikan kerana telah mengambil tindakan segera.



Tetapi, apa yang sangat kita kesali adalah, mengapakah selepas perkara ini viral di media sosial, baru tindakan diambil?

Kita memahami ada SOP yang perlu dipatuhi dalam menguruskan pertukaran.

Tetapi apakah SOP itu lebih penting dari sifat perikemanusiaan?

Ini adalah soal hidup dan mati keluarga Cikgu Din.



Tidak bolehkah diberikan pengecualian dalam kes sebegitu?

Sedangkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT juga boleh diberikan pengeculian apabila berlaku keadaan darurat.

 

Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker