Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

Najib Mohon maaf apa yang terjadi keatas 1MDB ketika ramai pelaku sebenar masih bebas.

Sungguh berbesar hati mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila sanggup memohon maaf dari seluruh rakyat Malaysia atas apa yang terjadi keatas 1MDB ketika dibawah pengawasan beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri kewangan.

Permohonan maaf itu dibuat melalui anak beliau Datuk Seri Nizar sebagai pengganti diri DSNR.disidang media petang tadi.

Apa yang boleh didapati dari kenyataan DSNR ada lah DSNR kesal bahawa beliau tidak menyangka akan terjadi banyak kelakuan tidak amanah dari kalangan orang bawahan beliau dan pegawai pegawai beliau yang menyumbang kepada apa yang terjadi terhadap 1MDB.

Pada perkiraan ramai pihak DSNR juga adalah mangsa kepada penipuan dan komplot untuk menipu 1MDB.
Najib sepatutnya menjadi saksi dan bukan nya pihak tertuduh.

Kes yang dikenakan terhadap DSNR dijalankan ketika ramai mereka yang terpalit dan pelaku sebenar masih bebas lagi.

Individu individu seperti Jho Low, Nik Fessal , Nor Yakob, Zeti Akhtar Aziz masih belum diseret kemuka pengadilan lagi.
Kesemua mereka memiliki wang TIA/!MDB di dalam akaun oeribadi mereka di Singaura.
Selain itu , Jasmin Loo pula yang sah bersalah ditukar menjadi saksi sama dengan beberapa individu lain yang nama mereka enggan didedahkan oleh pihak Pendakwa.
Mereka telah menerima wang dari Goldman Sach dan disahkan didalam mahkamah Amerika di Brooklyn.

Bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz misal nya , juga nama nya dipetik sebagai telah menerima wang sogokan oleh salah seorang saksi dalam mahkamah di Amerika.

Hal ini kemudian nya disahkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ketika mengumumkan telah dapat Kembali sejumlah wang dari Singapura .

Keluarga Zeti juga telah menandatangani SD mengaku akan hal ini.

Selain itu Najib Razak juga telah diadili dan dihakimi oleh Hakim kontroversi dan juga ada kepentingan dalam kes SRC.

Hakim ada “Conflict of interest” kerana pernah berkerja di bank yang terbabit meluluskan penubuhan syarikar SRC

Hakim Nazlan juga turut dsiasat oleh SPRM bahkan dokumen soal siasat antara SPRM dan Hakim Nazlan Ghazali dilaporkan telah berada ditangan pihak Peguam Najib Razak namun tidak dizinkan dikemuka sebagai bahan bukti pada mahkamah rayuan.

Untuk makluman kedua dua kertas siasatan terhadap Zeti dan Nazlan telah selesai dan lengkap dan dirujuk kepada pejabat AG namun sehingga kini masih tiada khabar berita.

Dinegara lain pula pesalah dan pelaku sebenar telah didakwa.

Switzelamd telah mendakwa Tarik Obaid dan Patrick Mahney dan dihukum penjara.

Di mahkamah Abu Dhabi mereka penjarakan pelaku Khadem AlQubaisy dan Muhamad Badawy.

Di Amerika mereka mendakwa Roger Ng dan Timothy Leissner yang memetik nama Zeti Aziz.

Pada kesemua kes. Tiada langsung terbabit nama Najib dan kesemua ada kaitan dengan Jho Lo.

Rakyat Malaysia yang mengikuti kes dan perbicaraan dan prosiding nya telah lama melihat kes sebagai diada adakan untuk mengenakan Najib Razak.

Bahkan pada sidang media pada kes yang baru berlalu, Peguam Tan Sri Shafee Abdullah turut menyatakan kes terlalu selekeh, carca marba dan tidak kemas.

Rata rata rakyat Malaysia sudah jelas melihat kes semata mata diwujudkan untuk penjarakan Najib atas kehendak konspirator dengan bantuan jentera jentera dari kalangan yang sepatut nya Amanah dan jujur

Apa pun permohonan maaf yang dibuat oleh DSNR akan menambahkan lagi kasih sayang rakyat dan akan jatuh simpati kepada nya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker