[VIDEO] Menyamar penghantar makanan ragut rantai emas
Oleh – Syeikh Baran
Seorang individu menyamar sebagai penghantar makanan sebelum meragut rantai emas yang dipakai mangsa di kedai buah di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan.
Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 52 saat itu, kelihatan suspek menunggang motosikal dan kemudian memberhentikan kenderaan itu di hadapan kedai buah.
Kelihatan juga rakan suspek yang berada di lokasi kejadian seolah-olah sedang memerhati keadaan sekeliling agar kegiatan jenayah mereka berjaya dilakukan.
“Ada yang menyamar hantar makanan, cari-cari Alamat. Sebenarnya cari mangsa untuk ragut. Kesian orang yang betul-betul nak buat kerja penghantar makanan akan dipandang serong,” tulis kapsyen pada video yang tular itu.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna meminta orang ramai untuk berhati-hati terutama wanita yang memakai barangan kemas.
“Memang kena lebih berhati-hati lepas ini,” komen @Bangjet.
“Pencuri kalau nampak emas memang mereka akan curi,” kata @Juara Sg. Buloh.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Related

‘Pelanggan’ ragut rantai leher pembantu kedai kosmetik
'Pelanggan' ragut rantai leher pembantu kedai kosmetik SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan melarikan rantai emas selepas meragut dari leher seorang pembantu kedai kosmetik di Jalan Sekerat di sini, semalam. Terdahulu, suspek berusia 30-an masuk ke kedai kosmetik terbabit dengan memakai topi keledar dan berpura-pura mahu membeli produk…
In "JENAYAH"

Ragut petang, malam kena cekup dengan polis
Ragut petang, malam kena cekup dengan polis SEORANG penghantar makanan ditangkap polis kurang 24 jam selepas meragut seorang wanita warga asing dekat Jalan Kuchai Maju 10, pukul 4 petang semalam. Suspek diberkas polis kira-kira enam jam kemudian pada pukul 10.15 malam hari yang sama. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner…
In "JENAYAH"

Pura-pura beli rokok sebelum ragut
Tiga lelaki diburu selepas meragut rantai leher warga emas dengan menyamar sebagai pelanggan untuk membeli rokok di kawasan perumahan Bukit Kemuning, di sini semalam. Aksi jenayah dilakukan ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkugan 20 hingga 30-an itu tular menerusi rakaman video berdurasi seminit di aplikasi TikTok. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah…
In "JENAYAH"
You must be logged in to post a comment.