Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik

 

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik

Pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia mula diperkenalkan oleh mantan perdana menteri, DS Najib Razak pada tahun 2012.

Ketika BR1M mula diperkenalkan, pemberian tunai sebanyak RM500 diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 diberikan RM800.

Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 diberi RM400.

Semua penerima dalam senarai e-Kasih berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 juga diberi RM1,050.

Kemudian pada setiap tahun berikutnya, pemberian BR1M kepada rakyat terus dipertingkatkan.

Persoalannya, bagaimanakah kerajaan boleh menyediakan dana yang cukup untuk terus meningkatkan pemberian BR1M dari tahun ke tahun.

Jawapannya ada pada sistem cukai GST.

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan DS Najib memperkenalkan sistem cukai GST pada tahun 2015.

Pada tahun pertama sistem cukai GST dikuatkuasakan, kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM37.7 billion bagi tahun 2015.

Pada tahun berikutnya pada tahun 2016 ianya meningkat kepada RM55.7 bilion.

Ianya terus meningkat kepada RM60.5 bilion pada tahun 2017 dan RM30.9 bilion pada tahun 2018, iaitu sehingga Mei 2018 sahaja.

Walau pun kerajaan sekarang masih malu-malu kucing untuk mengembalikan GST, namun tidak dapat dinafikan, ianya memberi banyak munafaat kepada negara dan rakyat.

Ketika DS Najib memperkenalkan BR1M, beliau telah dikecam dengan hebat dan antara yang mengecam beliau kini berjawatan menteri dalam kerajaan.

DS Najib dituduh merasuah rakyat dengan pemberian duit tunai BR1M kepada rakyat.

Tetapi sangat menghairankan, selepas kejatuhan DS Najib dan Barisan Nasional, pemberian BR1M tetap diteruskan semula hingga ke hari ini.

Walau pun di jenamakan dengan pelbagai nama, namun ianya tetap pemberian tunai yang mereka dakwa sebagai rasuah kepada rakyat.

Kerana terbukti, pemberian BR1M yang diperkenalkan oleh DS Najib adalah cara terbaik memberikan bantuan bersasar kepada rakyat.

Kini kita menunggu, bila agaknya sistem cukai GST mahu di kuatkuasakan semula.

 

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker